Thursday 17 April 2014

Light & Easy Vacay to Padang-Bukittinggi : Day 3 Part 2

Selingan..maaf lambat update. my mr man a.k.a hubby pun membebel cakap aku lambat update blog. Nak buat lagu mana lagi kalau dah busy. Memang tak menyempat.

Ok..let's continue dari last post. Kami terus dihantar ke hotel dari last destination membeli kerepek. Kami berehat hilangkan letih, pening aku & bla bla bla. Tak adalah nak berehat lama-lama kalau dah datang bercuti kan, kami keluar pergi isi perut. Jalan punya jalan, kami singgah je makan di Rumah Makan Selamat. Menu makanan memang tak dapat dipisahkan dengan jiwa rakyat di sini iaitu nasi padang + sup soto. Gasaklah.

Menu lunch semestinya nasi padang tapi ditambah dengan sup soto. Sedap sup ni.

Total lunch IDR 59K = RM 19. Bila perut dah kenyang, barulah senang hati nak bershopping. Ya dak? So hari ni merupakan hari last kami shopping sebelum balik esoknya. Jadi kami beli apa yang belum terbeli. Jadi korang layanlah beberapa gambar yang sempat ditangkap sepanjang bershopping di pasar atas dan kawasan sekitarnya.

Antara yang dijual di pasar atas. Kalau kita nak beli, better beli banyak-banyak kat 1 kedai. Nanti lagi senang nak dapat diskaun. Tapi masih juga memerlukan skill tawar menawar.

 kebanyakannya menjual telekung dan jubah-jubah. Kualiti telekung memang bagus kat sini.

 Kerepek banyak dijual. Nak naik kuda balik ke hotel pun boleh kalau agak-agak tak larat nak jalan.

Masjid berhampiran dengan pasar atas, Bukittinggi.

Dah selesai shopping, kami pun balik. Walaupun duit makin susut, tetap puas hati sebab berjaya membeli apa yang patut. 

Pada belah malamnya, kami dinner di tempat yang sama seperti hari kedua kami di Bukittinggi iaitu di Hau's Tea. Kedai ni terletak berdekatan dengan hotel kami je.

 Dinner on 2nd day. Total dinner IDR 91K

Dinner on 3rd day cost IDR 100K.

Habis makan, balik, layan internet kat hotel, then tidur. Esok kami akan berangkat pulang ke KL sudaaaaa.

1 comment:

  1. Buat pengetahuan semua, Aldi Safri tiada kaitan dgn mana2 syarikat @ agent pelancongan lain krn Aldi menguruskn syarikat dia sendiri iaitu Starlight Tour & travel. So, dialu2kan kpd yg ingin @ masih tercari2 khidmat driver & transport utk percutian ke pdg-bktggi, sila pastikan anda menghubungi Aldi hanya di no +6281363385879. Jgn mudah percya dgn org lain yg mengaku dia adalah kenalan Aldi & blh menguruskn percutian anda bagi pihak Aldi krn Aldi sndri yg akan mnguruskan dri A-Z. Sudah byk kes2 penipuan mcmni. So....tolong hati2...

    ReplyDelete