Friday 18 April 2014

Light & Easy Vacay to Padang-Bukittinggi : Last Day

Entri ini merupakan kisah hari last, 18 May 2013, kami di Bukittinggi. Barang semua pun dah siap packing dalam beg. Macam biasa, breakfast dulu di hotel. Sepanjang 4 hari di Grand Kartini Hotel, breakfast dia memang tidak mengecewakan walaupun tidak begitu variety. Pagi tu kami breakfast nasi goreng berdessertkan bubur kacang. Kelas kau ada dessert bubur.



Selesai urusan check out, kami pun bergerak pulang ke Airport Padang menaiki supir yang sama. Sebenarnya hari masih awal untuk pergi ke airport tapi sebab dah tak ada benda nak buat pada hari tersebut, kami terus ke airport sahaja. Aku request dari supir untuk lalu sahaja di Pasar Aur Kuning sebab dah tak dapat pergi kan. Dapat tengok dari dalam kereta pun jadilah. *sigh*

Happening juga aktiviti kat Pasar Aur Kuning tu. Terasa rugi pun ada sebab alang-alang dah sampai ke Bukittinggi, mestilah singgah di Pasar Aur Kuning juga kan. Tapi nak buat camna. Redha sahajalah. IDR masih juga berbaki untuk shopping tapi tak apa, leh carry forward untuk trip lain kali ke Indonesia.

Sebelum sampai di airport, supir tanya samada nak singgah atau tak di kedai makan Soto Angkasa. Walaupun perut masih kenyang, tapi sebab tak mahu teringat-ringat bila dah sampai KL, kami singgah juga pekena last round soto.

Selepas makan, lebih kurang 5 minit je naik kereta, kami sampai di Minangkabau Airport, Padang, kami terus check in & drop baggage di kaunter. Amik masa juga check in sebab airport pun tak adalah besar sangat. Sebelum masuk ke waiting area, jangan lupa untuk bayar airport tax sebanyak IDR 100K per person. Kalau korang kehabisan IDR, memang rate untuk bayar guna currency lain agaklah mahal. Jadi jangan habiskan IDR anda begitu sahaja tau. Flight kami dari Padang pada jam 1.55 p.m.

Bergambar dulu. Bukan senang dapat jumpa bila terpisah dengan South China Sea.

Kat airport ni, sempatlah aku berjumpa dengan my ex-colleagues. Takkan tetiba berjumpa pula kan. Sebenarnya memang masa kami beli tiket tu, memang dah tau dorang pun akan datang vacay ke tempat yang sama. Just aku tak join trip mereka sebab dorang datang lambat sehari dari aku. Meaning dorang datang 3d2n je. Dorang pun join yang tour full package inclusive makan & hotel.

Sebenarnya, kalau korang merancang nak bercuti ke Padang-Bukittinggi, lagi jimat kalau datang dengan rombongan. Kalau datang couple macam aku & hubby, sedikit pricey sebab harga kereta adalah kereta Avanza. Jadi kalau lagi ramai, lagi jimat. Dan package bercuti di Bukittinggi & kebanyakan tempat di Indonesia ni, tour mereka lebih kepada persendirian. Maknanya, kita tak boleh join tour group lain. Kalau kita booking kereta sewa, maknanya kita sahajalah dalam kereta tu selama mana yang kita booking. Tak ada join tour lain.

Tapi baru-baru ni, this year, mak ayah aku ada datang juga ke Bukittinggi berdua. Dari airport ke Bukittinggi, dorang just naik taxi sahaja dari airport. Sebab mak aku tak nak visit tempat-tempat lain tu. Dorang dah 2nd time datang kiranya. Memang nak pusing sekitar pasar atas sahaja untuk shopping. So harga taxi tu memang agak murah. Rasa-rasanya tak sampai IDR 100K. Berbaloi juga kan? Apa-apa pun, still bergantung kepada perancangan kita.

Total kami spent di Bukittinggi selama 4d3n untuk 2 orang termasuk shopping, hotel & supir ialah sekitar RM 1500 sahaja. Jimat x? Tapi kalau korang rancang nak borong kain pasang & telekung untuk buat busines, lain la kosnya. Kalau AA ada buat tiket murah, bolehlah korang plan datang ke Bukittinggi. Ok. Till then. (Banyak entri tengah beratur nak tunggu taip & publish.)

1 comment:

  1. Buat pengetahuan semua, Aldi Safri tiada kaitan dgn mana2 syarikat @ agent pelancongan lain krn aldi menguruskn syarikat dia sendiri iaitu Starlight Tour & travel. So, dialu2kan kpd yg ingin @ masih tercari2 khidmat driver & transport utk percutian ke pdg-bktggi, sila pastikan anda menghubungi Aldi hanya di no +6281363385879. Jgn mudah percya dgn org lain yg mengaku dia adalah kenalan Aldi & blh menguruskn percutian anda bagi pihak Aldi krn Aldi sndri yg akan mnguruskan dari A-Z. Sudah byk kes2 penipuan mcmni. So....tolong hati2...

    ReplyDelete