Thursday 15 September 2016

Holiday to Hong Kong and Macau - Day 4

Sambungan dari Day 3 di Hong Kong

Semalam makan puas hati kat Indian Restaurant tu, maka pagi ni kita bangun awal dengan cergas. Jam 6 pagi kami dah siap-siap untuk check out dari hotel kami stay. Aktiviti day 4 ialah Hong Kong to Macau > Hard Rock Shop > Senado Square > Fortress > Back to Kuala Lumpur.

Hop Inn Carnavon to Hong Kong Ferry Terminal

Maka, gigilah dari hotel, kami terus ke MTR Station Tsim Sha Tsui > Station Sentral, tukar MTR > pergi ke Station Sheung Wan (tempat Ferry Terminal). Dah sampai station Sheung Wan, ambil to Kennedy Town, Exit D.

Bila sampai, kami pulangkan balik Octopus Card & dapat semula balance yang ada dalam kad tuh. Jam 7 pagi kami dah sampai kat Ferry Terminal. Tak sampai sejam dari hotel ke ferry terminal.

Kat dalam terminal, cek imigresen & passport, tunggu ferry to depart to Macau. Tak ramai pun orang, kalau nak beli last minute pun tak apa. At first, tiket kami untuk ke Macau jam 8 pagi, tapi disebabkan ferry banyak kosong, dorang bagi kami depart jam 7.30 pagi. Yeayyyy, seronok tak perlu tunggu lama-lama.

Bye-bye Hong Kong.

West Kowloon view from ferry

Disebabkan cuaca pun baik, kami sampai Macau tepat jam 8.30 pagi. Bila turun je ferry, sejuk yang amat angin laut kuat bertiup.

Luar Macau Ferry Terminal. Boleh naik bas free pilih yang mana satu destination.

Dari Macau Ferry terminal, kami nak terus ke airport dahulu sebab nak drop luggage. Macau International Airport ni sebelah je dengan Macau Ferry Terminal, dan tak ada pula transportation direct dari ferry terminal ke airport. Jadi, silalah naik free shuttle bus dahulu, then turunlah kalau dorang lalu kat airport tu.

Jangan jadi macam kami, kami menapak dari Macau Ferry Terminal ke Airport tu. *Jaw drop* Mujurlah cuaca sejuk, maka berjalan pun tak terasa sangat. (sebenarnya kami tak cukup study, jadi kami agak was-was nak naik free shuttle bus tu).

Dah sampai airport, pegi kaunter, tak dapat check in pula lagi. Maka, kami tinggallah barang kat left luggage service. Dari airport, kami ke free shuttle bus sation, then naik bus ke Venetian.

Venetian to City of Dreams

Inside Venetian. They said it's pure gold behind me. Shocking! I should bring laser cutter to cut part of it.
Turun je dari free shuttle bus, terus masuk dalam Venetian, memang akan nampak sphere gold macam dalam gambar tu. Sebelah kiri ada signage, follow signage tu untuk ke City of Dreams (another hotel).

Outside Venetian.
Dah keluar dari Venetian, jalan je terus, menag nampak bangunan City of Dreams. Sambil jalan, sambil ambil gambar. Lintas jalan, memang nampak lah bangunan Hard Rock Hotel. Kami nak pergi shopping barang sikit di Hard Rock Shop yang sepatutnya kami pergi masa Day 1.


Ada pekerja Philippines.
Lama juga kami dok melepak membeli barang kat dalam shop ni, nak habiskan duit mana yang ada je. Tak nak bawa balik sebab tak laku pun duit Macau kat Malaysia. Oh ye, Hard Rock Shop kat Level 2 tau sebab hard rock hotel punya shop ada juga kat level ground.

Dari Hard Rock Shop, kami nak ke Senado Square. Puas tanya pekerja Philippine dalam kedai tu, tunjuk map. Mujurlah dia faham juga location kami nak pergi. So, dia cakap naik free shuttle bus kat level basement City of Dreams.

City of Dreams to Senado Squre

Pergi ke level basement City of Dreams, tempat free shuttle bus untuk ke Macau Island. Masa kami sampai tu jam 10.30 pagi kat situ, agak awal. Sejam kena menunggu free shuttle bus.

Dari City of Dreams, bus akan berhenti kat Hotel Sintra. Dari situ, jalan ke je terus ke Senado Square tau. Kami pakai google maps untuk berjalan dari Hotel Sintra ke Senado Square. Tipsnya, on google maps masa dalam bus, sebab ada free wifi. So masa dah sampai, terus buat direction ke Senado Square, pilih by walk. Google maps akan terus tunjuk route tu.

Tempat naik free shuttle bus from City of Dreams to Macau Island. Stop at Hotel Sintra

Dah sampai di Senado Square. Patut ada water fountain kat tengah tu tapi, nak dekat CNY, dorang tukar deco
Senado Square ni banyak heritage site/building. Tempat bekas kena jajah dengan Portugis. Macam datang Melaka lah. Dari Senado Square, kami ke Ruins of St Paul and Fortress. Tempat World Heritage. So kami ikut signage yang ada. Memang tak sesat sebab ramai orang pergi, jadi ikut crowd. Orang ramai macam buat tawaf pun ye juga.


Jalan kaki nak ke Fortress. Ramaiiiiiiinya tourist.

Sepanjang jalan nak ke Fortress & Ruins of St Paul, memang banyak shops kiri dan kanan. Kedai makan cina banyaklah.


Inilah Ruins of St Paul. World Heritage tau. Tapi tinggal sekeping facade je. Belakang dah tak ada.
Dari St Paul, kami panjat bukit sebelah kanannya, untuk ke Fortress pula. Oh, kekuatan tulang belakang memang penting. Agak jauh ye berjalan dari Hotel Sintra ke Senado Square ke Ruins of St Paul ni. Badan memang kena sado. Eh salah, mesti fit.

Direction to Fortress and Macau Museum

Memang kena daki tangga yang banyak

Dah sampai atas, hmmmm.....

Dari atas, nampaklah Grand Lisboa. Another Macau hotel & casino center.

Depan Museu de Macau.
Sampai atas ni, kami makan sedikit bekal yang ada aku beli masa kat mini mart di Hong Kong. Ada juga muffin aku bawa dari Malaysia untuk alas perut. Jangan mengharapkan kedai halal di sini. Nan hado (atau aku tak tahu) ntahlah. Tapi susah!

Dah la letih berjalan, naik tangga, pastu tak ada tempat makan pun. Sedih! Puas photo-photo kat sini, kami decided nak balik terus ke airport.

Fortress to Macau International Airport

Turun dari Fortress, lalu semula Ruins of St Paul, lalu lorong-lorong kedai ke Senado Squre, jalan terus ke Hotel Sintra. Oh, on the way back tu, kami jumpa kedai Macau Souvenir. Terletak sebelah kiri lorong kalau berjalan turun dari Ruins of St Paul tu. Kedai ni ada jual fridge magnet Macau.

Macau Souvenir Shop, nearby to Ruins of St Paul

Lepas souvenir shop, aku masuk kedai Naraya. Tak sangka Naraya sampai ke Macau. Naraya ni famous kat Thailand. Product original made in Thailand & very good quality. Walaupun harganya mahal di Macau ni, tapi aku beli juga untuk mak aku. Mak aku je lah sebab harganya jauh lebih mahal dari Malaysia dan Thailand.

Inside Naraya Shop.

Dari Senado Square to Hotel Sintra, then naik free shuttle bus to City of Dreams. Sampai situ, kat tempat yang sama, cuma naik bus lain untuk ke airport. Jam 245 pm kami dah kat airport, selesai urusan check in semua.

Flight kami jam 515 pm tapi sebab dah tak tahu nak buat apa, kami melepak kat airport sahaja. Masuk McDonald, makan fries je lah buat alas perut. Itu je yang dapat telan buat sementara. Dalam flight nanti barulah makan. Memang dah prebook siap-siap.

Alhamdulillah, jam 9 malam sampai kat KLIA2. Itu sahajalah trip aku dan hubby ke Macau dan Hong Kong selama 4 hari, 3 malam. Sememangnya Hong Kong was wonderful, memang plan to repeat again but not Macau. Dah sampai sekali, aku tak rasa nak datang lagi, tak rasa tourist friendly pun Macau tu. Gamblers friendly ye kot. :D Itu sahaja. Nanti aku update itinerary yang baik sikit & total perbelanjaan di Macau dan Hong Kong. Bye

No comments:

Post a Comment