Wednesday 7 September 2016

Holiday to Macau and Hong Kong - Day 2 Part 2

Dari Carnarvon Inn, kami menapak balik ke MTR station Tim Sha Tsui. Dari situ naik MTR dan turun di station Mongkok untuk ke Ding Ding Travel. Sape Ding Ding Travel ni? Ding Ding Travel ni agensi pelancongan yang jual tiket lagi murah dari tiket kat kaunter & memang lah dia famous amous antara traveler yang berjalan tanpa pakej nih. Office Ding Ding Travel located at Sino Centre building yang terletak antara station Mongkok dan station Yau Ma Tei. Refer map MTR balik. Bila kami sampai di stesen Mongkok, rupa-rupa2nya kami lupa pula direction nak ke Sino Centre tu. Kami ada rujuk kepada blog kak Syarliz tapi seriously lupa nak catat direction. Yang aku ingat dia tulis Sino Centre tu depan Bank of China masalahnya ada beberapa Bank of China yang aku jumpa. Berpusing weh cari Sino Centre ni. Lost. 

Nak tak nak aku bukak roaming phone aku. Hp kami memang subscribe roaming tapi tak on je. Just ready for emergency then inilah kes emergency yang memaksa aku on sekejap. Bukak roaming semata-mata untuk masuk blog kak Syarliz. Haha, membantu sangat tapi aku rasa lebih mudah nak ke Sino Centre dari Station Yau Ma Tei.

Direction to Ding Ding Travel:
Turun di Stesen Yau Ma Tei. Exit A2
Pusing kiri nampak KFC and City Chain.
Jalan terus dari building KFC tu tadi sampailah ke Sino Centre, opposite Bank of China.

Station Yau Ma Tei, Exit A2

Jalan terus je sepanjang tu sehingga nampak Sino Centre

Depan Sino Centre. Memang opposite Bank of China tapi sebelah dia kena ingat gak, Cheng Hing Bank.

Naik tingkat 14, jumpa lorong ni then tu pintu masuk ke Ding Ding Travel. Open everyday.

Photo dulu dengan agent Ding Ding Travel

Kami beli tiket untuk ke Ngong Ping 360 (HKD 195/person - crystal cabin car), Disneyland (HKD 480/person) dan Peak Tram & Sky Terrace (HKD 65/person).

Selesai beli tiket, kami gerak ke station MTR Yau Ma Tei. Dari Yau Ma Tei, kami ke MTR Sentral dan tukar station menuju ke Tung Chung Station, tempat terletaknya Ngong Ping 360.

Depan Citygate Outlets. Macam JPO atau Mitsui kalau di Malaysia
Turun dari station Tung Chung, akan nampak citygate outlet ni terus. Tapi untuk ke Ngong Ping 360, dia terletak belakang building Citygate Outlets ni. So, kami ke sana dulu, balik nanti baru singgah Citygate Outlets.

Tukar tiket dulu di kaunter
Beratur juga untuk urusan tiket tapi sebab kami dah beli dari agen, so lane khas. Cepatlah sikit.

Crystal cabin car to Ngong Ping 360
Masa kami naik ke puncak ni, hujan tengah turun. So banyak view terhalang sebab kabus tebal. Kalau panas sure cantik nak tangkap gambar. Masa ni cuaca pun makin lama makin sejuk. Nampak x kaki perempuan dalam pic atas tu, they are korean. Menggigil kesejukan tapi dorang ada bawa heating pad. Orang dah biasa dengan musim sejuk katakan. Macam kami ni, nan hado.

Sampai puncak Ngong Ping 360. Baru lepas hujan. Kabus tebal yang amat
Kami sampai puncak jam 1 tgh hari macam tu. Perut pun dah lapar, dan view masa tu memang tak nampak apa. Kabus tebal amat. So kami decided cari tempat lunch.

Lunch halal food di Ebeneezer's Kebab. HKD 180 (RM 95) for nasi beriani & kebab & air.
Sangat sedap makanan dia, pastu cuaca sejuk, dapat makan yang panas-panas. Sangat puas hati. Tapi aku tak habis sebelah kebab lagi sebab banyak sangat.

Dah kenyang, baru seronok nak berjalan. Sepatutnya di hujung puncak ni ada statue Tian Tan Buddha tapi sebab kabus tebal gila memang langsung tak nampak apa-apa.

Picture credit to google. Ada 268 anak tangga.
View sekitar Ngong Ping 360 yang berkabus tebal
Disebabkan hujan dah start turun, kabus pun makin tebal, kalau orang depan pun kita tak nampak boleh langgar, jam 2.30 petang kami dah start turun ke bawah. Balik pun kami naik crystal cabin car. Luckily masa balik tak ramai pakai cabin tu, just kami berdua je untuk 1 cabin car.

Sampai bawah, terus terjah Citygate Outlets. Ramai betul orang cina ni shopping, kaya raya dorang ni ye. Menang judi ke apa. Haha

View dalam citygate
Antara outlets yang ada
Aku ada juga usha boot Timberland tapi rasanya dekat online murah lagi cuma kalau depan mata ni syok dapat pilih-pilih. My laki sempatlah rembat sepasang kasut kat Adidas Outlet dengan harga HKD 240 (RM 125). Kat dalam Citygate ni dapat WiFi free juga. Sila pandai-pandai cari.

Jam 4.30 petang kami gerak pulang. Naik MTR Tung Chung Station ---> MTR Hong Kong. Jalan kaki dalam subway (laluan underground) ke Central. Kemudian Exit J2 untuk menuju ke Lower Tram & Sky Terrace.

Exit J. Tengok signage.
Bila exit je dari J2, jalan je terus, sampai nampak dataran.

Dataran pada hari Ahad. Banyak maids Indonesia and Filipino buat picnic
Jalan je melalui dataran ni menuju ke Peak Tram
Lintas jalan untuk ke Peak Tram
Tram pusing town. Kita nak naik tram pergi ke peak. Bukan yang ni

Dari traffic light tadi, jalan je terus memanjat bukit. Agak jauh juga berjalan mendaiki bukit. Badan dah seharian letih, setiap langkah aku berjalan, perit belakang badan. Lenguh amat!

Dah hampir sampai. Nampak depan sana orang beratur panjanggggggggggg
Time kami sampai di stesen Peak Tram ni dah pukul 5 pm. Kami terus beratur je sebab dah beli tiket tapi siapa yang belum beli pun, terus beratur sahaja. Aku rasa ada la dalam 1km beratur untuk naik ke peak tu.

Disebabkan dah petang, kami tanya guard yang jaga queue tu, tempat untuk solat. Alhamdulillah, opposite building ni ada gym, tempat untuk solat. Gilir-gilir beratur dan solat.

Dari pukul 5pm beratur, pukul 6.20pm baru dapat naik tram menuju ke peak. Sabar ye. Nasib aku ada kebab balance dari Ngong Ping, aku makan buat alas masa beratur tu. Ada juga kakak Indonesia tanya kat mana aku beli kebab tu. Sebenarnya bila cuaca sejuk ni, perut pun cepat lapar. Memang kena ready something dalam back.

Tram setiap 8 minits. Gigih beratur

Bila tram sampai, semua berebut masuk sebab nak dapat seat. Benda ni luck je aku rasa. Tapi kena struggle juga cari tempat duduk weh. First sebab kita dah berdiri lama masa beratur. Second sebab aku dah seharian berjalan. Pinggang aku nak patah dah. So nak juga seat tu.

View cantik dari dalam tram menuju ke peak. Cerun 45 degree ok. Aku rasa masa tu semua benda senget.

Bila dah sampai peak, terus menuju ke level paling atas. Besar juga area peak ni. Macam bukit bendera cuma lebih tinggi.

Shops inside peak building
Night view of Hong Kong from Peak.

View dari atas ni memang SubhanaAllah, sangat cantik. Angin bertiup kuat sangat. Sejukkkkk sangat.



Hard Rock Shop at Peak & Sky Terrace, Hong Kong

Madam Tussauds at Peak and Sky Terrace, Hong Kong

Kat atas ni, kami beli mug kat Hard Rock and Madam Tussaud's untuk tambah collection. Mug Hard Rock (HKD 200) dan mug Madam Tussaud's (HKD 150). Selain tu, kat peak market ada jual banyak juga souvenirs. Kami terus beli kat situ je sebab ada banyak pilihan.

Jam 7.30 kami dah start beratur untuk balik. Nak kena beratur sekali lagi. Kena gigih juga. Angin bertiup makin kuat, cuaca makin sejuk. Below 10c masa nih. Tapi sebab angin kuat, kesejukannya sangat terasa. Beku terus muka. Yang cina-cina berskirt pendek semua tergedik, meloncat-loncat sebab nak bagi panas badan. Aku rasa tak berkesan pun.

Kami sampai ke bawah semula jam 8.15 pm, dan berjalan kaki dengan gigih sekali lagi ke MTR Central. Dari situ, kami naik MTR dan turun di MTR Tim Sha Tsui, exit D2.

Sampai bilik jam 9 malam, masak maggi, panaskan badan, betulkan pinggang dah senget tu. Hehe. Esok kita sambung day 3 di Hong Kong. To be continued!

1 comment: