Friday 9 September 2016

Holiday to Macau and Hong Kong - Day 3

Sambungan dari Day 2 di Hong Kong.

Aktiviti hari ini adalah Disneyland > Avenue of Stars > Temple Street > Ladies Market

Warning! Itinerary ini sangatlah penat & menguji kekuatan tulang masing-masing. :)

Pagi jam 8 lagi kami dah bersiap untuk ke Disneyland, Hong Kong. Cuaca sedikit drop sebab malamnya hujan.

Disneyland!

Turun dari hotel, kami terus ke stesen MTR Tim Sha Tsui, exit D2 menuju ke Sentral. Dari situ kami tukar train MTR Hong Kong --> MTR Tung Chung. Stop di Sunny Bay station, memang khas untuk ke Disneyland. Mudah sahaja pemahaman station ni seperti tempat kita juga. Naik Putra, tukar naik KTM, lepas tu naik monorail dll. Sama juga lah dengan di Hong Kong ni. Total naik MTR ke Disneyland, HKD 19.8/person.

Acah-acah baca map. Dah lama teringin pakai boot, hari ni aku sarung juga. Nasib ramai je pakai boots.
Dari Sunny bay, kena tukar coach naik coach khas ke Disneyland. Coach design mickey!

Semua pun mickey, tingkap, seat and hand rail. Sangat cantik.


Dah sampai station Disneyland
Dah sampai Disneyland! Yeaaahaaaa. Kecik-kecik tak mampu sampai, dah besar baru sampai pun tak pe. Syukur! Info: Tiket Disneyland akan meningkat setiap tahun. So, pergilah cepat sebelum harga mancanak-canak naik. Hehe. Sila rujuk Website Hong Kong Disneyland untuk maklumat lanjut.

Entrance Hong Kong Disneyland. Excited!

Mickey & Minnie lalu & say hi depan kita je. Terus snap gambar. Tak payah susah queue
Kami sampai Disneyland just nice dengan opening hour dorang. Tak boleh bawa makanan masuk Disneyland tapi ada juga bawa sorok-sorok sebab dia tak cek beria sangat. Ada kawan aku kantoi sebab obvious kot makanan tapau dia bawa tu. Kami memang tak bawa sebab ntah, aku malas setakat berdua. Dalam ni pun banyak restoran halal.

Dalam Disneyland ni, ada 7 parks semuanya. Kami terus terjah tempat-tempat adults boleh main. So queue tak berapa panjang dan waiting time pun jadi cepatlah. Kena pandai manage parks ni supaya kami tak terlepas performances time

Antara attractions yang menarik:
1. Lion King Show - 12 pm
2. Flights of Fantasy Parade
3. Disney Fireworks - malam
4. Meet the characters

at Toy Story Land. Naik RC Racer ni memang untuk orang-orang berani sahaja.
Aku naik RC Racer ni sorang je sebab my hubby tak nak. Sebab aku queue sorang, jadi dapat cepat kalau staf dia panggil nak penuhkan seat.

Lion King Show
Fantasy Parade. Snow white, Cinderella semua ada

Woody
Meet Donald & Daisy Duck. Satu ni je aku gigih beratur nak bergambar. Yang lain tu tak lah.

Dalam Disneyland juga ada banyak tempat free WiFi. Kena selalu scan. Lepas tu, kami banyak menyopping theme mug. Buat collection. Suka mug shape macam-macam character ni & yang bestnya, kita tak perlu carry barang kita shopping dalam ni. Request dorang hantar ke kaunter depan. Lepas kita check out dari Disneyland, just pickup sebelum balik di kaunter tu. Mudah! Cuma barang hanya dihantar setengah jam selepas kita beli. Jadi, kalau beli tu, kena stay setengah jam lagi. Jangan terus check out pula.

Mug kami beli buat collection

Dalam 4 petang tu perut dah terasa lapar sangat. Oh, kami bawa sedikit snack chocolate untuk alas perut tapi snack pun dah habis, kami terus cari halal restaurant. Kami makan di Adventure Land, Tahitan Terrace.

Kat dalam Disneyland juga ada tempat solat. Kena pergi ke City Hall, Guest Relations and Informations. Tapi masa kami tanya tu, staf dia cakap full. So kena tunggu nanti datang balik. So we decided amik wuduk kat toilet, cari tempat berumput bersih, solat kat area situ.

Laksa Singapore with mineral water HKD 109. Sedap!
Nasi goreng ayam with mineral water HKD 109. Licin makan.
Waffle mickey shape
Dah puas ride mana yang perlu, photo sana sini, jumpa character, duit pun dah banyak berabis kat shopping, kami keluar dari Disneyland jam 6.15 pm. Kat station Disneyland, kami topup lagi Octopus Card HKD 100.

Sampai ke hotel tu, sebab nak letak barang yang banyak borong berat beli kat dalam Disneyland.

Avenue of Stars!

Jalan kaki menuju ke Avenue of Stars. Exit J2, East Tsim Sha Tsui

Jam 7 malam, kami gerak dari hotel menuju ke Avenue of Stars menggunakan subway kat MTR tu je. Dari Tim Sha Tsui, tak perlu naik apa-apa, just jalan dalam subway, pergi exit J2. Sesat juga nak pergi ke sini. Dah la jalan kaki dalam subway tu agak jauh lah. beberapa ratus meter.

Kami sesat juga mencari Avenue of Stars, tapi rajin-rajinkan mulut bertanya. InsyaAllah, ada orang tolong.

Hong Kong.
Semalam tengok pemandangan Hong Kong dari atas, kali ini dari bawah pula. Area Avenue of Stars. Tapi tempat Avenue of Stars tengah under construction. Jadinya, statues telah dipindahkan ke temporary site. Tak jauh dari situ.





Dari Avenue of Stars, kami jalan kaki patah balik ke Station East Tsim Sha Tsui --> Station Tsim Sha Tsui. Jalan kaki ok. Memang jauh. Aku rasa macam menapak dari Bangsar ke KL Sentral gitu.

Temple Street!

Sampai di station Tsim Sha Tsui, kami naik MTR --> MTR Yau Ma Tei, exit C untuk ke Temple Street Night Market. Temple street ni macam pasar malam cina je. Tak best langsung! Suram. Jual barang-barang temple/cina je banyak. Macam pasar lambak ye jugak. Ada beberapa souvenirs jual kat sini tapi aku tak riki harga. Rasanya lebih kurang sahaja dengan mana-mana tempat.

Disebabkan night market ni tak menarik langsung, not tourist attraction pun aku rasa sebab tak jumpa pun pelancong lain selain aku dan orang-orang local mereka, kami terus plan nak ke Ladies Market.

Ladies Market!

Ke Ladies market, kami jalan dari temple street night market ke MTR Station Yau Ma Tei. Masuk station ni, cari exit A2.  Keluar exit A2, kami jalan terus ke Ladies Market.

Ladies market yang macam Petaling Street kat Malaysia. Tipsnya: jangan tawar kalau tak nak beli. Aku memang ada tengok sorang lelaki ni kena maki dengan penjual ni. Siap cakap jangan lalu depan dia lagi. Tapi laki tu gelak-gelak je. Tak amik port.

Memang penjual kat ladies market ni desperate ke apa. Letak harga tinggi-tinggi, pastu kalau orang tawar jual mahal. Bila orang tak nak beli, kita pula kena marah. Tapi who the he** cares kan. Bukan kita nak datang selalu pun. So, buat muka stupid je kalau dorang marah tu. Dah perangai dorang memang camtuh.



Panjang juga la Ladies Market ni. Banyak jual barang-barang imitations. Souvenirs pun banyak tapi aku tak beli sebab aku sekarang memang tak bagi souvenirs dah kat orang. Haha. Pakej jimat. Beli untuk family je sikit-sikit.

Kami balik dari Ladies Market ikut station Mong Kok. Memang lagi dekat. Dari situ, balik semula ke hotel station Mong Kok --> station Tsim Sha Tsui exit D2, Carnavon road.

Area hotel kami banyak halal restaurant. So, kami singgah satu halal Indian Restaurant ni. 

Beriani and naan cheese. Air mango and strawberry lassi.
Total dinner kat sini HKD 227. Memang sangat sedap, portion pun banyak, suasana pun selesa. Habis makan, kami pun balik ke hotel yang terletak sebelah sahaja dengan building hotel kami menginap tu.
End of day 3!

No comments:

Post a Comment