Monday 1 August 2011

Cuti Ke Jakarta dan Bandung - Day 1

Trip kali ini ialah Jakarta --> Bandung --> Jakarta again.

Day 1 (July, 2011): Kuala Lumpur > Jakarta > Bandung

Tiket pergi ke Jakarta kali ni dibeli oleh Mr Hubby masa bulan Nov 2010. Sebelum kami kahwin lagi..wah-wah memang excited dia nak hanimun dengan aku

Tiket memang murah sebab two way flight untuk 2 orang plus 30kg luggage each was only RM300. Hubby aku ni memang terror carik tiket, aku pulak terror planning+hotel etc. Flight macam biasa kul 7 am dari LCCT selama 2 jam arrived 805 am at Soekarna Hatta International Airport.

Lepas immigration custom etc, kami amik blue bird taxi untuk ke Tanah Abang. Dah prepared siap2 untuk amik blue bird cab. Takut kena kencing nanti. Kat sini sebenarnya ada bus direct ke Bandung. For those yang memang nak direct ke bandung, tak perlu la ke Jakarta city. Tapi sebab aku nak juga jejak kaki kat Jakarta city, aku dengan Hubby pergi ke Tanah Abang dulu sebelum ke Bandung.

Dalam cab tu, the driver was nice. Dia explain ada 2 route nak ke Tanah Abang. Dia tanya nak choose yang jammed ke, yang tak jammed tapi kena bayar tol. So hubby decide amik yang tak jammed+tol. Duit tengah tebal lagik kan ;p total RP 100,000 ++ juga. 


Aku ingat dekat la airport ke Tanah Abang tu, sekali sampai Tanah Abang cun-cun kol 10 pagi. Semua kedai dah buka. Sebenarnya jalan kat Tanah Abang tu yang memang sesak gila.Yang all the way nak sampai tu, tak adalah teruk sangat.

Dalam Tanah Abang, Jakarta
Sebab kami punya plan nak ke bandung lepas ni, kami heret la trolley bag tu bersama-sama. Hamik ko, sapa nak kisah?Orang kat situ pun macam-macam gaya, so tak ada orang kisah pun. Aku dengan hubby aku panjat semua floor kat situ dengan heret beg masing-masing. Aku sempat shopping telekung travel, jubah, etc. Pastu semua aku sumbat dalam beg trus. Senang.

Dah letih shopping kat situ, kami amik lagi blue bird cab pergi ke  Stasiun Keretapi Gambir. Stasiun ni dekat je la dengan Tanah Abang. Aku tak ingat brapa Rp time ni. Memula kitaorang nak pergi ke Hard Rock Jakarta dulu sebelum ke Stasiun tapi malangnya driver taxi tu tak tahu pulak kat mana. Aku pulak tak ada search nama jalan kat situ. Ingat semua driver tahu la tempat glamour macam tu. Rupanya tak. So korang better search bebetol nama tempat, nama jalan, building sekitar semua.

Kat stasiun (stesyen in Malay), aku agak macam KL Sentral la cuma tak semodern tu. Kat sini ada train intra city, jarak dekat-dekat, ada train inter-city, yang antara Bandar-bandar besar, ada bus, ada taxi macam-macam destinasi. Tapi aku dengan hubby dah decide nak naik train je untuk ke Bandung. Tapi bila sampai kat situ, aku dengan hubby blur weh. Tak ada information counter. Yang aku nampak, ada banyak counter yang orang dok berbaris nak beli tiket. Tiket nak pergi mana pun aku tak tahu tapi ramaiiii sangatlah orang dia. Haiyakk

To Bandung with train
Lastly kitorg baca papan je kat atas counter tu. Pas tu ada dua agen yang sama, destinasi yang sama tapi counter yang berbeza. Sumpah sampai sekarang aku tak faham nak que kat counter yang mana satu. Kami decide que kat tempat mat saleh que juga. Kami kan tourist juga. Muahaha

Sampai kat counter tu, dia cakap tiket dah habis. try counter lagi satu. Haprak la. Hubby dah cemas. Aku biasa la. Wat-wat tenang sebab aku yang plan kan. Kami pergi la queue lagi satu counter. Nasib ada tiket tapi kol 4 petang. Lambat gila tapi terpaksa la. Dah tak ada tiket lain. Kitaorang amik business coach. Hehe. Tak mahal pun dari yang standard tu.

Gila nak buat apa kat situ. Kami dah malas nak pergi tempat lain sebab dah letih+beg besar.
So kami makan je kat stasiun tu. Kat sini semua ada. Surau, kedai-kedai makan, kedai runcit, kedai roti. Semua kedai aku masuk. Hahaha

Dalam business coach train to Bandung from Jakarta
Akhirnya train yang kami tunggu pun sampai. Aku dengna hubby layan tidur je sepanjang perjalanan just dekat-dekat nak sampai tu aku dok bebel kenapa lama sangat. Takut terlepas stasiun, aku suruh hubby aku tanya coach attendant dia. Actually ada announcement je setiap next stesyen, tapi sebab aku tak berapa dengar+tak berapa faham, nak tak nak ke rajin bertanya.

Kami sampai lebih kurang kol 8 malam. Bila kami keluar je dari stasiun tu, ramai la supir-supir datang menyerang. Offer nak hantar ke semua destinasi. Kami amik je sebab dah letih sangat. Aku booked Orange Homes dari agoda.com. Sampai je terus cakap nama Hubby aku. Sekali receptionist tu kata bilik dah full. Eh? Then owner keluar. Dia explain sebenarnya memang dah full dalam agoda tu tapi webmaster agoda tak update menyebabkan aku salah sorang yang berjaya booked bilik yang dah fully booked. Camna tu?

Punya baik owner tu, dia dengan baik hati telah booked motel lain untuk 1 malam. Sebab bilik untuk kami hanya available besok harinya. Owner tu siap suh kami choose nak pilih Orange Homes ataupun stay je kat hotel lain tu tapi dengan rate berbeza. Kami cakap nanti kami decide. Owner tu siap hantar lagi kami ke motel yang satu lagi tu dengan avanza dia. Tempat tu best Cuma macam sunyi sikit. Asalnya rumah tapi direnovate jadi hotel. Tingkat atas sekali rumah owner. Bole?

Hotel in Bandung
End of day 1. Hari yang panjang lagi memenatkan. Disebabkan terlalu letih, kami makan McD je malam tu. Kami minta owner Orange Homes tolong callkan pakai Hp dia, then siap delivery ke bilik kami lagi. Kelas gitew! Owner Orange Homes was very-very kind. Thanks to him. Before tu, kita preview sikit photo semasa di Bandung.

Pasar Baru, Bandung

Pasar Baru, Bandung

Lunch at food court, Pasar Baru, Bandung

at Tangkuban Perahu, Bandung

Jetset Factory Outlet, Bandung

No comments:

Post a Comment