Wednesday 23 November 2011

Sotong Black Pepper

Haisshhh..blog aku sekarang ni asik update pasal masak-masak lak
mentang-mentang la kena selalu masak untuk hubby
excited pulak sebab bila 1st try masak, terus menjadi
Semalam hubby aku tetiba request nak makan sotong black pepper
cuak memula, sekali dia tolong search resepi kat internet
tapi aku lupa nama blog orang tuh (sorry yeh)

jangan pandang pada rupanya sahaja ;p

resepi ni aku dah olah ikut cita rasa aku sendiri

Bahan-bahan:
3 ekor sotong besar (di hiris halus)
2 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos cili
3-4 sudu sos black pepper
carrot
kentang (potong dadu) : yang ni aku gunakan sebab saja nak habiskan kentang
cili besar (potong serong)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau.
2. Masukkan kicap manis dan kicap pekat. Kacau
3. Masukkan kentang dan kacau sampai kentang agak2 separuh masak.
4. Masukkan sotong.
5. Masukkan sos cili dan sos black pepper. Kacau sebati.
6. Masukkan carrot & tambahkan garam dan gula.
7. Jangan goreng sotong terlalu lama, nanti liat.
8. Masukkan cili besar dan siap.

Best dan menyelerakan.

3 comments:

  1. aku tak penah lg masak sotong style cenggini...mcm dh lama plak x makan sotong...loni musim hujan ni payah dah nak jumpa sotong.

    ReplyDelete
  2. wah pasni aj semakin teror memasak..share2 resipi ea..hehe

    ReplyDelete
  3. nen: tu la klate hujan, sini pun xberapa segar sgt tp buleh la nak make tu

    pija: terer apa..utk mkn 2 org bole la. ok, nanti saya share slalu

    ReplyDelete