Wednesday 12 December 2012

Belajar Bahasa Sarawak

Hallu hallu hallu...ada orang tak? Blog dah la hidup segan mati tak mahu, pas tu aku tak menulis-nulis pun. Rasanya follower pun dah ramai lari. Sapa yang belum, stay ye. Support my blog :) (promo jap)

Kesibukan kerja yang amat membuatkan aku tak mampu meluangkan masa untuk menulis blog walau sepatah ayat. Early November my colleague or my work partner was on paternity leave for about one month. Can you imagine? Mentang-mentang dia dapat anak kembar, dia cuti sebulan terus. Semua kerja hentam kat aku. Sabar je aku ni. Aku nak kencing berak pun tak ada masa korang tahu. Huh! Bila la aku nak beranak ni, tak sabar nak cuti 3 bulan. Biar partner aku pulak yang merana. Muahaha (doa-doakan ye kawan-kawan).

Bila dah masuk awal Disember pula, kerja bertambah-tambah pula. Sana mintak, situ mintak, sini mintak. Sume mintak macam-macam. Boleh dikatakan bulan November dengan bulan Disember ni bulan paling effective aku bekerja. Orang lain bila hujung tahun syok bercuti sakan sana sini, aku? Mano ado! Kelih gamba orang jah. Sadis weh.

Bagi mengelakkan blog aku ni terus sepi, hari ni aku nak ajar korang beberapa patah perkataan Sarawak yang telah aku berjaya belajar sepanjang setahun lebih aku di sini.

Mun kelak kitak orang datang Serawak, boleh klaka Sarawak. (Kalau nanti korang datang Sarawak, boleh cakap Sarawak).

Kamek = Saya
Kitak = Awak
Sidak = Mereka
Nangga = Tengok
Mun = Kalau
Ya (disebut baku) = Itu / Tu
Tok = Ini / Ni
Klaka = Cakap
Madah = Bagitahu
Sukat = Ukur
Kacak = Cantik
Lawa = Sombong
Sigik = Satu
Duak Igik = Dua
Tek = tiada maksud. hanya sebagai penyedap hujung ayat

Kamek sik la pandai gilak klaka Sarawak tapi mun sidak klaka Sarawak, kamek dah paham tapi kamek masih sik dapat klaka penuh. Mun kamek klaka jak, dorang terus detect kamek orang Semenanjung. Paham sik? Selamat belajar!

No comments:

Post a Comment