Monday 31 December 2012

Weekend Escape at Borneo Highlands Resorts Part 2

Disebabkan aku tak nak entri ni jadi entri tertunggak, aku gigihkan juga menaip untuk update story tahun ni punya. Sebenarnya ada banyak recreational activities yang disediakan untuk kita. Just pilih je mana yang berkenan. Lain aktiviti lain harganya. Untuk petang ni, kami just expore keseluruhan resorts ni menggunakan kereta kami je. Kalau tak ada kereta, korang boleh sewa buggy. Tapi harganya aku tak tahu berapa.

Memang mudah je nak explore kat sini sebab jalannya one way and dorang memang ada provide map untuk kita. At first kami nak redah sendiri ke Kalimantan View Point tapi disebabkan jalan ke situ agak menyeramkan, kami cancel je. Kami decided nak pakai tour untuk esok hari. So kami just pusing-pusing area sekitar dengan kereta.


 golf area

 breath of fresh air

cantik rumah-rumah kat dalam ni. private bunglow

Sekejap je kami pusing-pusing snap gambar semua. Then kami balik ke resort. Pusing-pusing jalan kaki sekeliling resort. Sape yang jenis sportsman boleh la berjogging area sini. For those yang nak cycling pun boleh. Ada bicycle for rent. Gigih ngan tak je sebab area berbukit-bukit.  Tapi seriously aku rasa kat sini macam dalam cerita Twilight je. Muahaha. Sebab banyak pokok-pokok macam tu. Aku tak tahu apa nama pokok tu.

Habis pusing-pusing, kami menggunakan package spa entrance yang telah diberikan. At first aku macam confius juga. Takkan la dapat spa entrance je kan. Sebab price for spa entrance is RM60. Rupa-rupanya kami dapat facial / foot massage, jacuzzi, sauna, steam bath, swimming pool.

spa entrance, open air jacuzzi, sauna, pool.

Kami layan semua service kat situ. Memang best. Mandi jacuzzi di kala-kala sejuk memang terbaik. Malam tu kami menikmati buffet dinner. Sebenarnya ada je bekal yang aku bawa tapi sebab kami keboringan tak tahu nak buat apa, kami amik je buffet dinner for RM 25/pax. Tak ada choice sangat makanannya tapi kami layankan je. Lepas dinner kami layan movie kat gadget je. Huhu. Then tidur.

Open air cafe

The next day, lepas breakfast, kami amik package Highlands Rainforest Tour. Package ni just RM30/pax for 2 hours. Tours start at 930 a.m. Package tour ni adalah ke Kalimantan View Point, Horticulture Nursery, Organic Farm, Herbs Garden, Flower Garden & Chinese Teahouse.



Kaki aku tu kiranya dah masuk Kalimantan. Pemisah Kalimantan, Indonesia dengan Sarawak hanyalah pokok-pokok tu sahaja. Kalau tengok kat batu aras tu, ada tulis Swk, Mal. Kalau belah belakangnya tulis Kal, Ind.


Nampak tak an old couple tu. Dorang dah berumur 80++ tu. Dorang suh kami panggil atuk nenek sebab cucu dorang dah sebaya dengan kami. Katanya datang ke sini drive sendiri. Hebat gila. Tapi tak sampai puncak la. Yang nenek tu dah pelupa. Setiap 5 minit dia tanya aku tinggal mana, keja mana, asal mana. Hihi. Layankan je dorang. Tapi dorang masih romantik tau. Jalan-jalan pegang tangan. Moga-moga aku dengan hubby pun macam tu suatu hari nanti. Aminnn.

 Bunga-bunga kat sini ada juga untuk dijual. Macam kat Cameroon High tu.



Dah habis pusing-pusing ke semua tempat, kami kembali ke resort. Kemas-kemas barang and ready to check out. Kami check out at 12 pm and terus pulang ke Kuching. Memang tempat ni sangat best for short honeymoon.

No comments:

Post a Comment