Monday 31 December 2012

Weekend Escape at Borneo Highlands Resorts Part 1

Weekend escape kali ini dirancang oleh aku sempena sambutan anniversary kami. Sepatutnya pada mid December tapi disebabkan resorts fully booked, kami terpaksa postpone ke end of December. Kiranya penutup kepada tahun 2012 ni. Kali ni kami tak pergi jauh sebab kekangan banyak benda tapi sebab perasaan nak juga dok kat tempat lain selain dalam rumah tu, kami telah ke Borneo Highlands Resorts (BHR).

Kami gerak dari rumah pada hari Sabtu. Disebabkan check in pada pukul 2, kami gerak dari rumah pukul 12. Perjalanan ke Borneo Highlands Resorts ni tak jauh mana pun, lebih kurang 50km sahaja dari rumah kami, area Samariang. Aku dah bawak bekal makanan siap-siap untuk dinner malam nanti, minum petang & kudap-kudap sepanjang kat sana. Kami sempat singgah di Serapi Corner untuk lunch. Kiranya kami santai je bergerak ke BHR ni.

Direction : Dari Bandar Kuching, lalu Kota Sentosa, lalu kem Penrissen, jumpa Giant Kota Padawan sebelah kanan. Belok kanan. Follow signboard ke Jalan Borneo Heights. Akan pass by Semenggoh Wildlife Centre, Pulapol and akan lalu sebanyak 7 jambatan Sungai Aman. Note: Jalan Borneo Heights adalah jalan semata-mata untuk ke BHR.

Aku pun blur-blur nak ke BHR ni. Asik call resorts je tanya direction tapi jalannya senang je sebenarnya sebab tak ada jalan lain dah. Memang satu tu je jalan nak ke BHR. Finally kami sampai di entrance ke BHR.


Kat gate entrance BHR ni, kita leh choose either naik ke puncak dengan kereta sendiri or naik kereta resorts. Kami ni idok le tau jalan nak ke puncaknya agak mencabar. So dengan selamba kami choosed naik dengan kereta sendiri. Aku suggest korang naik dengan kereta resort sahaja. Takut kereta berasap je bila sampai puncak. Tak pun masa turun nanti. Dorang memang dah sediakan parking kat sini if kita nak naik ke puncak dengan kereta resorts. Tapi kalau 4x4 tu memang tak ada masalah.

Perjalanan ke puncak adalah sejauh 12km sahaja tapi kami ambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai. Sepanjang perjalanan tu memang aku dok bismillah je la. Risau jadi apa-apa kat kami. Hampeh punya orang resort. At least cakap le cerunnya 45 degree. Ni bila aku cakap nak naik dengan kereta dia cakap 'no problem'. Huh!

jalan memang corner memanjang & otw ke puncak tu ada air terjun. boleh singgah nak mandi.

Bila dah sampai puncak tu, masyaAllah. Lawanya view kat atas ni. tapi rilek dulu. Kami straight to the club house untuk ke reception for check in process. For rate & booking, korang boleh klik sini. Aku dapat RM 199 per night sebab ada end year promo inclusive breakfast & spa entrance.

Bilik kami. Not that big. Bilik hanya ada kipas. No a/c. Toilet pun just ada shower. But still ok for me.

Bilik dalam resorts ni tak ada tv tau. NO TV! So don't be surprised. Macam aku yang tak tahu ni memang agak terkejut. Tapi untuk sesiapa yang berserabut dengan urusan kerja, etc, korang patut datang sini. Sebabnya coverage phone, internet pun tak berapa bagus. Ada tu ada tapi slow. So kiranya memang kita akan 100% menikmati nature kat sini je.

view dari bilik

Kat puncak ni memang sejuk. Ala-ala cameron gitu. Sebab tu aircond tak perlu. Kipas pun buka slow je. Dah selesai check in, kami berehat-berehat dahulu. Makan bekal yang aku dah bawak siap-siap. Nak jalan-jalan tak dapat sebab kat luar tengah hujan lebat. Musim katakan. Apa lagi, kami tidur je la. Lepas solat asar, hujan pun dah berhenti. Kami pun ready nak explore dalam BHR ni. Ke mana kami? Wait for the next entry ok!

No comments:

Post a Comment