Tuesday 7 January 2014

Trip Hatyai - Krabi Day 1

OK.. 1st post of the year. Aku nak story about my trip to Hatyai & Krabi which was happened last April, 2013. Baru nak story. Better late than never right? Lets.. Aku beli tiket dah lama.Bulan 7, 2012. As usual. I take the risk. Nak tiket murah memang camni. Nak melancong oversea tapi tiket murah, amik la risiko sikit. We punya stail if something came out, burn je la tiket. Kalau tak ada apa-apa, proceed.

Harga tiket kami, return flight to Hatyai for 2 = RM 302. All inclusive. Dari rumah mother-in-law (MIL), kami naik LRT, bust to LCCT. Flight kami 11.45 pagi. Sampai Hat Yai kol 12 p.m (local time). Flight took about 1 hr & 15 minutes. Dah sampai airport tu, punya la panjang kena que kat imigresen sebab dia bukak 2 kaunter je untuk tourist. Masa que tu dia suh kita isi jugak kat mana Hotel nak stay di Hat Yai. Kami dah cuak jugak sebab kami belum booking hotel kat Hat Yai. Kebetulan ada pekerja kat situ yang jaga lane dia suh je isi hotel apa-apa. Kami pun tulis je Hat Yai Central Hotel sebab landmark kami memang ke situ.

Ok, dah setel imigresen, kami ambil van airport untuk ke agent tours. Nak beli tiket van airport ni mudah je, ada kaunter kuning. Kalau kebetulan orang ramai beli tiket ok la. Van boleh gerak cepat.

Kaunter beli tiket van airport

Harga tiket THB 200 for 2. Masa kat kaunter tu, kena bagitau destination. Kami ada cakap nak ke Hat Yai Central Hotel sebab based on my readings kat beberapa blog, kedai agent tours berdekatan dengan hotel tersebut.



Inilah rupa van tu. Masa kami sampai, kami org kedua yang sampai kat van. Driver cakap tunggu orang penuh baru dia gerak. Nasib xbaik sebab 1st trip van memang dah gerak. Kami tak sempat catchup dengan toursit2 lain. Aku dah risau kot lama menunggu sebab airport Hat Yai ni memang sunyi habis. Macam xbanyak flight. Tapi luckily ada beberapa tourist yang sama flight dengan kami datang beramai-ramai. So van pun gerak dengan lancarnya.

Sepanjang perjalanan, aku dengan laki usha-usha sekitar. Mata alert je kat mana agent tours tu. Kebetulan ada sorang penumpang dalam van kami nak berenti kat agent tours jgak. So kami pun turun sekali. Terus cakap kat driver, we stop here. Dia ok je la.

Kami actually nak ke Krabi. Wallah. Macam omputih plak rasa dapat travel 2 negeri dalam 1 holiday. Kami pergi ke Lovely Tours seperti yang diberitahu oleh few blogs. (Ok, aku tak quote sebab aku lupa)



Ok..Ini Hotel Hat Yai Sentral dari depan kedai Lovely Tours. Toleh je belah kiri memang terus nampak. Kami beli tiket return ke Krabi dengan THB 1400 untuk 2 orang. Mahal ke murah eh? Aku pun tak tau. Tapi sebab kami dah planning nak ke Krabi. Buat apa lelama kat Hat Yai kan.

Dah beli tiket, kami plan nak lunch sebab lapar jugak. Time tu dah kol 2 lebih. Tapi ejen tu cakap van akan sampai dah jap lagi. Terus nak gerak. Kami tak dapat pergi memana. Memang 10 minit lepas tu, van datang. Ada 1 kapel omputih dalam van yang sama. Driver van memang bawak van macam pelesit. Wa tak tahu nak cakap lu orang macam mana laju dia bawak van tu. On the way ke Krabi, rupa-rupanya dia ada jugak amik customer lain yang kebetulan nak pergi ke Krabi kat bus-bus stop. Eh? Ada gitu. Mudahnya.So ada dalam 6 orang dalam van termasuk kami. Memang heaven naik van luas-luas tak ada orang. Perjalanan ke Krabi memang jauh. 4 – 5 jam.
Map my road trip dari Hatyai - Krabi


Jalan dari Hatyai ke Krabi ni macam jalan dari KL balik ke Kota Bharu. Bukan jalan highway. Ada naik bukit turun bukit tapi driver memang bawak macam pelesit. Memotong je kerjanya. Kami sampai kat Hentian Trang dalam pukul 4 lebih. Barulah kami dapat lunch.



Kat dalam hentian ni ada kedai makan halal. Best makanan kat Hentian Trang ni. Lauk dia selera Malaysia gitu. Time aku makan kat situ, boleh pulak aku terserempak dengan pak cik aku. Dia dengan rombongan bas nak berjalan sampai ke Bangkok. Kemain jauh. Kalah aku.


Ada banyak gerai-gerai lain kat luar Hentian Trang ni. Lepas setengah jam berhenti, kami meneruskan perjalanan ke Krabi.

Kami sampai di Krabi pukul 6 lebih. Driver terus hantar ke hotel. Kami booking J Hotel melalui agoda. Harga untuk dua malam RM 144 je. Murah weh. Berbaloi-baloi sebab hotel ni nampak baru.






Masuk bilik terus kagum. Tak expect bilik besar compare dengan harga yang murah. Dah tu hotel ni dekat dengan pantai. Memang easy access. So highly recommended untuk stay kat hotel ni. Bila dah selesai cek in, solat, betulkan tulang-tulang belakang, kami keluar untuk cari pakej Island Hopping.



Jalan-jalan sekitar hotel terjumpa Aonang Miracle Tour. Aku rasa pakej kat mana-mana pun lebih kurang je. Tak banyak beza. Kami ambil pakej untuk 4 Islands dengan menggunakan Long Tail Boat. Haha. Tak naik speed boat eh. Naik long tail sebab aku la teringin naik boat ni sebab saje suka-suka. Kat Phuket dulu dah naik speed boat. Tukar selera pula. Korang nampak tak price kat board tu? Sila la jenguk-jenguk, pandang-pandang. Biar korang leh bajet harga sendiri.

Dah selesai beli pakej Island Hopping, time untuk isi perut. Nak cari makan memang tak susah. Banyak kedai makan halal. Kami cuba di Aonang Village Resort. Pelik kan? Macam makan kat resort lain tapi mak cik yang masak tu dari gerai depan resort ni. Maybe tu cafe Aonang Village Resort.



Ini makan malam kami. Sedap. Kenyang sampai licin sume. Air soya tu memang terbaik. Pekat. Aku suka. Kat Kelantan pun ada juga jual soya tu. Total makan THB 200. Lepas makan, kami jalan-jalan sekitar Krabi. Night life in Krabi sama macam di Phuket. Happening. So jalan-jalan, pusing cuci mata je la. Hehe. Kami sempat singgah di 7Eleven cari sunblock & etc2. Bekal untuk hopping esok. Dah penat-penat, balik, tidur. Tak sabar nak berhopping esok. To be continued.

1 comment: