Saturday 18 January 2014

Trip Hatyai - Krabi Day 3

Bersambung dari entri Day 2. Hari ini kami masih di Krabi tapi akan bergerak pulang ke Hat Yai. Lepas brakfast, kami terus gerak balik ke Hat Yai. As mentioned kat entri Day 1, kami beli tiket return. So tak menggelabah cari tiket lagi. Tunggu driver datang pick up. Just this time driver lain. Van kami naik pula penuh. Padat macam tin sardin. Memang kurang selesa. Aircond pula tak begitu sejuk. Driver pula bawa slow. Tahan je la

Patah balik dari Krabi pun, van akan berhenti di Hentian Trang. Kali ini aku nak beli snek sikit sebab kat sini memang banyak jual snek. 


Macam-macam makanan jual kat sini. Local products. Kali ini kami tak lunch kat restoran muslim tu sebab perut masih kenyang. Just beli kerepek dengan buah je. Tak sabar nak sampai kat Hat Yai sebab van padat dengan orang dan barang. Driver berhentikan kami semua kat satu agen tour. Alang-alang dia berhenti kat Hatyai Intertop Tour, kami terus booking hotel dengan mereka. Hatyai Intertop Tour ni sederet dengan Lovely Tour. 


Kami nak booking hotel sebab booking hotel melalui agen lebih murah berbanding walk-in ke hotel. Kami tak booking hotel awal-awal hari tu sebab ejen Lovely Tours cakap tak perlu booking awal. Hotel berlambak. Sekali masa kami sampai tu, hotel dah banyak full house sebabnya hari tu hari Sabtu. Ramai Malaysian turun ke Hatyai. Pulak dah. Hampir kebanyakan hotel yang top spot, yang strategik sume full. Hampeh betul. Nak tak nak kami booked Hatyai Central Hotel.

 

Kami jalan kaki je dari Intertop Tour ke Hatyai Central Hotel sebab dekat sangat. Berapa meter je pun. Hotel ni nampak macam gah kan tapi sebab ni hotel lama. Jadi dah tak hebat sangat. Bersyukur dari tak ada tempat tidur.


Interior bilik kami. Dah cek in, letak barang, solat semua, kami terus turun untuk ke Floating Maket. Kami turun bawah untuk cari tuk-tuk. Hati-hati naik tuk-tuk sebab kena tanya price. Nanti kena tipu. Ada uncle memula nak caj kami RM50 untuk ke floating market. Cekik darah betul. Tapi kami pergi cari tuk-tuk lain. Dah dapat, kami cakap nak ke floating market.



Tengah syok-syok menikmati pemandangan bandar Hatyai, sekali dah sampai la pulak. Pak cik ni berhenti kat market. Aku cakap nak ke floating market. Dia bawa kami ke market lain. Tempat jual baju-baju, sayur-sayur, ada juga pasar malam. Pastu dia suruh aku pergi tanya orang lain. Tak boleh jadi ni. Aku nak juga pergi floating market. Aku pergi cari sesiapa yang boleh explain kat pak cik tu. Alhamdulillah. Lastly ada sorang kakak berjaya explain kat pak cik tuk-tuk yang kami nak ke floating market bukan landed market. Hehe

Kat market tu banyak juga barang-barang yang dijual. Kalau banyak masa aku dah stop juga tapi sebab kami aim nak ke floating market, terpaksa la dilupakan hasrat tu. Memang jauh rupanya floating market dari bandar Hatyai. Pakcik tu caj kami pergi balik THB 30.

 




Sampai je kat Kolnghae Floating Market ni, terkejut kami tengok ramai sangat manusia kat sini. Excited kami nak membeli makanan kat sini. Kalau korang nak mudah datang sini menaiki tuk-tuk, bawak gambar nama tempat ni. Tunjuk kat driver tuk-tuk. Confirm sampai.


Kalau korang beli air ni, korang boleh bawak balik cawan tu terus. Boleh pilih design mana yang korang berkenan.



Konsep business kat sini memang menarik. Harga makanan yang dijual dah ada siap-siap kat belakang sampan tu. Order je. Pas tu bila nak bayar masukkan duit dalam bekas yang mak cik tu hulur. Unik kan.
Pastu boleh juga bayar pakai ringgit. Tapi rasanya tak semua prefer duit ringgit. Kena tanya.




Dah beli boleh makan kat gerai-gerai yang disediakan. Memang santai. Hasil tangkapan 1st round kami. Banyak round beli sebab menarik makanannya. Ayam goreng crispy tu siap 2 bekas kami beli. Dah la murah. Kami beli untuk tapau makan kat hotel jgak.


Dah habis makan kat bawah tu, jangan lupa pusing-pusing kat belah atas sebab belah atas ni banyak gerai-gerai yang jual macam-macam barang. Aku sempat tapau pulut mangga. Panas-panas lagi pulut. Mangga manis gila. Dah selesai situ, kami pun gerak balik.


Exotic foods pun ada jual jgak. Kat belah belakang. Opposite dari floating market. Thailand trademark makanan exotic ni.


Belah malam kami jalan-jalan sekitar bandar Hatyai. Bagi aku kat sini barang-barangnya agak mahal. Baju, keychain, fridge magnet pun mahal. Tapi beli juga sebagai kenang-kenangan.


Dah puas pusing-pusing, kami singgah kat satu tempat massage. Kali ni buat foot massage je sebab letih berjalan. Tapi massage kat Hatyai tak happening & syok macam kat Krabi. Pusat massage kat Krabi banyak choice. Lepas massage, balik hotel tidur. Esok kami akan balik ke KL dah. Walaupun aku stay sehari je kat Hatyai, tapi plan nak ke floating market tercapai juga la. Tempat-tempat lain tak sempat explore. Ok to be continued.

No comments:

Post a Comment