Sunday 26 January 2014

Trip Hatyai - Krabi Day 4 : Last Day

Hari ini hari last aku kat Hatyai. Dah nak balik ke KL dah. Flight kami pukul 12.35 dari Hat Yai. So tak sempat nak berjalan ke mana-mana hari ini. Pagi-pagi lepas bersiap, kami terus check out. Malas nak naik turun hotel lagi. Tapi kami tinggal luggage kat kaunter sebab nak pergi cari breakfast dulu. Nak cari breakfast senang je. Ada beberapa kedai makanan halal kat sekitar hotel.


Kami makan roti canai telur je pun pagi tu. Lepas breakfast, ada beberapa kedai sekitar hotel dah buka. Ada mall pun buka. Kami jalan-jalan sikit habiskan masa. Saje puaskan hati. Kot-kot ada yang belum terlepas hajat. Tapi nampaknya memang tak ada apa. Habis pusing, kami pergi ke airport naik teksi je.

Ok, pendek je trip aku ke Hatyai-Krabi selama 4 hari. Aku tak banyak pusing ke Hatyai. Ada beberapa tempat tak sempat pergi macam Haadyai Train Station, Mermaid statue at Songkhla Beach & HatYai Cable Car. Maybe kalau akan repeat ke Hatyai, aku kan pergi ke tempat-tempat tu pula. Tapi paling penting kena singgah ke Floating Market tu.

 Mermaid statue at Songkhla Beach. Pic source : google

Pic source : Google

Gross total expenses kat Hatyai - Krabi tak besar. Tak sampai RM 1k pun termasuk makan, van ke Krabi, hotel di Hatyai. Ok la. Setakat ini sahaja catatan trip ini. Nak kena update jalan-jalan ke Padang-Bukittinggi pula. Tunggguuuuuu.

No comments:

Post a Comment