Sunday 7 April 2013

Travelog Umrah - Day 2

Pagi Jumaat, 29 Februari jam 3 pagi aku tiba di Madinah. Urusan check in disetelkan oleh mutawwif. Nombor hp mutawwif pun dah tertera kat kad id jemaah masing-masing. Kami semua menginap di Hotel Durrat Al Fayroz, bersebelahan dengan Hilton Madinah.

Masa kami nak masuk bilik masing-masing, nak dijadikan cerita kami bertiga sebilik dengan 2 orang jemaah lelaki. So 5 orang semuanya dalam 1 bilik suite. Mana boleh bercampur. Aku dengan MIL perempuan, yang lain semua lelaki. Luckily nombor mutawwif ada pada kad, sorang jemaah ni call mutawwif. Lastly, mutawwif tukar bilik. Kami masuk bilik mutawwif, mutawwif pula berkongsi dengan 5 jemaah yang lain. Alhamdulillah.

Aku lupa nak snap gambar bilik yang besar, toilet yang besar juga sebab badan terlalu letih. Kami tak tidur sebab takut terlajak Subuh. Kami mandi dan terus bersiap. Excited nak menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi.

Pertama kali aku nampak Masjid Nabawi, air mata terus mengalir. Sebak sangat sebab dapat datang ke tempat suci. Dapat datang ke Makam Rasulullah. Dapat datang ke rumah, masjid Baginda. Dapat bersolat di masjid yang memberi 1000x lebih baik dari masjid biasa.

dalam Masjid Nabawi

Subuh adalah jam 5.30 pagi, jadi 4.30 pagi akan azan berkumandang menandakan sejam lagi waktu Subuh. Jangan tersilap pula sebab aku kan kurang ilmu, jadi bila azan 4.30 tu, aku ingat dah masuk Subuh. Lepas tu aku tanya kakak dari Indonesia sebelah dia cakap belum lagi. Isk isk isk. Malunyaaaa! 

Camera tak boleh bawa masuk tapi pandai-pandai sorok. Tangkap pun sorok-sorok sebab guard muslimah masjid ada sekitar. Keje dorang ialah memanggil jemaah untuk penuhkan saf atau tunjukkan saf mana yang masih kosong. Dorang akan panggil 'hajjah, hajjah'.  Hehe. Susah juga keje dorang sebab nak kontrol jemaah dari seluruh dunia. Garang-garang dorang ni. Kalau tak garang susah pula kan.

At first tu aku masuk majid, blur-blur nak duduk kat area mana sebab masjid ni terlaaaaaluuuuuuu besar. Aku rasa first time masuk aku duduk dalam saf agak belakang di section Women with Children. Even my MIL dah pernah datang, dia memang dah tak ingat so 100% dia follow aku. Tapi lepas solat Subuh pertama tu, aku pusing-pusing dalam masjid sebab nak paham kawasan sekitar dalam masjid. So bila waktu-waktu solat yang lain je, aku akan terus pergi ke ruangan 'Womens Section Without Children' and terus ke saf yang menghampiri depan. Selagi boleh ke depan, aku akan try.

Kat masjid kita jangan buang masa. Jangan banyak berborak. Rugi! Banyakkan solat-solat sunat, banyakkan membaca quran, banyakkan berdoa, banyakkan berzikir, berselawat. Bagi aku mudah je, nak sampai dah banyak keluarkan duit, perjalanan berjam-jam lamanya, peluang bukan selalu, kalau dibazirkan dengan benda-benda dunia, amatlah rugi. Sebab ramai yang berebut mengejar pahala, dan ramai juga yang tidak berusaha mengejar pahala. Semuanya terletak pada diri sendiri.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda :
"Pahala solat di masjidku ini adalah seribu kali labih baik daripada solat di lain-lain masjid kecuali di Masjidilharam"

Kelebihan Bersolat 40 waktu di Masjid Nabawi :
"Sesiapa bersolat 40 waktu dimasjidku secara berterusan tanpa meninggalkan satu solat pun (8 hari x 5 waktu), maka ditulis untuknya keselamatan dari api neraka, keselamatan daripada azabnya dan terlepas daripada bahaya munafik" -  tapi ini hadis lemah. Sumber: buku Madinah al-Munawwarah

Hari pertama kami di Madinah, hari bebas. Kami tidak membuat ziarah. Jadi aku mengambil kesempatan untuk ke Raudah, taman-taman Syurga. Sehari terasa memang sekejap. Banyak masa dihabiskan di masjid semata-mata. Balik ke hotel untuk mandi, ataupun makan sahaja. Kalau nak dapat tempat strategik, paling lewat kena pergi ke masjid pun sejam sebelum waktu. 

Kalau Zuhur 12.30, paling lewat 11.30 dah ada dalam masjid. Keluar masjid jam 1.30. Balik hotel, makan lunch. Asar kol 4 ptg, kol 3 dah kena ke masjid. Keluar asar jam 5 ptg. Mahgrib kol 7, kol 6 dah di masjid. Itulah aktiviti seharian di Madinah tapi nikmat. Tapi masa hari Jumaat, ada solat Jumaat. Jadi kalau sejam sebelum waktu memang tak dapat masuk masjid. Aku tak dapat masuk masjid masa solat Jumaat di kedua-dua masjid. Memang full.

Oh sebelum aku mengakhiri episod hari pertama, Madinah tidaklah sejuk seperti tahun lepas. Kalau tahun lepas, bulan 2 & 3 adalah musim sejuk. Kena pakai jacket, glove etc, tapi masa aku pergi, weathernya ok-ok saja. Tidak panas, tidak terlalu sejuk. Sejuk sikit-sikit tapi tak panas. Hehe. Tapi bibir memang pecah-pecah, kulit muka menggelupas. Sepanjang hidup tak pernah aku sapu olive oil kat muka, tapi masa kat Madinah, disebabkan moisturizer tak berkesan, aku sapu olive oil tapi tu pun tak berkesan juga. Tahan je la.

Nanti aku ceritakan macam mana aku ke Raudhah, taman-taman Syurga, tempat mustajab berdoa. Till then.

No comments:

Post a Comment