Tuesday 16 April 2013

Travelog Umrah - Day 3

Hari ketiga, Sabtu 1 Mac 2013, kami akan buat ziarah. Selepas breakfast, bas dah ready menunggu di depan hotel. Ustaz sangat mementingkan waktu. Kalau jemaah lambat, ustaz mesti memberi peringatan supaya menepati waktu.

Bagi muslimah, pakailah seperti anda nak mengerjakan solat sebabnya ziarah akan pergi ke masjid. Tapi kalau nak mudah dan selesa, pakai tudung dan bawa telekung. Aku pakai telekung ziarah seperti yang aku tunjuk dalam entri Kelengkapan Umrah.

Tempat pertama ziarah kami ialah Masjid Quba. Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam atas dasar takwa dan iman yang padu. Sila berwuduk siap-siap di hotel.

Rasulullah SAW besabda:
"Sesiapa yang berwuduk dirumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala meunaikan umrah"

luar dan dalam Masjid Quba'

Kami berhenti solat tahiyyatul masjid & aku ambil peluang bersolat Duha kat masjid ni. Disekitar Masjid Quba' ni ada juga orang meniaga. Murah-murah kurma, habbatussauda, dan etc. Kami tak beli kononnya nak beli kat ladang kurma, tapi ada jemaah lain beli, rupa-rupanya lagi murah kat sekitar Masjid Quba' dari ladang kurma. Rugi-rugi.

Seterusnya kami ke Ladang Kurma. Pelbagai jenis kurma dijual tapi bagi aku, mahal. Lebih mahal dari sekitar hotel. Tapi pilihannya mungkin lebih banyak dan packaging yang lebih mudah. Macam ahli-ahli jemaah aku, siap berkotak-kotak beli kurma, coklat, etc.


Kat luar kedai, ada jual kurma-kurma frozen. Sedappppp! Kat sini aku beli buah hawa (buah zuriat). Harganya 5 biji 5 Riyal. 

Then kami meneruskan ziarah ke Jabal (Bukit) Uhud. Bukit yang terbesar dan terpanjang di Tanah Haram Madinah. Tempat berlakunya perang Uhud. My MIL semangat nak naik Bukit Ainain. Tempat terletak archers masa perang Uhud dulu. Jangan salah paham pula cakap naik Bukit Uhud. Bukit tu tinggi. Yang ramai naik tu Bukit Ainain. Ustaz cakap kalau nak cuba pulihkan mata rabun, masa kat atas bukit boleh pandang ke matahari. Tapi, malangnya masa ustaz cakap tu my hubby dah turun bawah. Kalau tak boleh cuba. Mana tau mustajab, hilang rabun, tak perlu pakai spek lagi.

Bukit Ainain. Nampak perkuburan syuhada' dari atas bukit. Ada pasar juga.

Kat pasar sekitar Bukit ni, ada jual macam-macam. Kat sini aku beli kurma-kurma sebab lagi murah dari ladang kurma. Tapi coklat, gula-gula semua tu tak ada. Macam-macam boleh beli dan agak murah.

Selepas ke Bukit Uhud, kami meneruskan perjalanan ke Kilang Cetak Al-Quran. Kat sini muslimah tak boleh turun. Kat kilang ni boleh dapat quran wakaf dari kilang itu sendiri ataupun nak beli kat kedai yang berada di sebelah kilang. Kami muslimah hanya tunggu di dalam bas. Memula ustaz nak bawa ke kedai je memandangkan line orang nak terima quran wakaf terlalu panjang. Tapi jemaah ni excited nak masuk tengok quran dicetak, dorang masuk line juga. Lastly masing-masing dapat la quran wakaf sorang satu. Alhamdulillah.


Lastly kami hanya lalu di Masjid Qiblatain. Kami tidak berhenti pun di masjid tersebut sebab ustaz nak cepat. Kata ustaz manfaat bersolat di Masjid Qiblatain adalah sama sahaja bersolat di masjid-masjid lain. Tidak mempunyai kelebihan khusus. Ustaz nak kejar solat di Masjid Nabawi, di mana pahalanya 1000x lebih baik.

Kami terus pulang ke hotel, bersiap-siap untuk solat Zuhur di Masjid Nabawi. Best ustaz kami ni, walau ke mana pun dia bawa kami, dia akan utamakan solat di Masjid Nabawi atau Masjidilharam sebab ganjarannya. Tidak lalai. Bukan nak mengata, tapi kata my MIL, ada setengah mutawwif tidak kisah terlepas solat di 2 masjid Agung itu. Bagi aku amatlah rugi.

No comments:

Post a Comment