Friday 19 April 2013

Travelog Umrah - Masuk ke Raudhah

Kali ni aku nak berkongsi bagaimana aku dapat masuk ke Raudhah. Alhamdulillah, selama 3 hari di Madinah, aku dapat masuk ke Raudhah sebanyak 2 kali. Bagi muslimin, memang tak ada masalah sebab dorang boleh masuk pada bila-bila masa kecuali jika Raudhah dikhususkan untuk muslimah. Raudhah untuk muslimah hanya dibuka selepas solat subuh, selepas solat zuhur dan selepas solat isya'. Dua kali aku masuk ke Raudhah adalah selepas solat subuh. Rasanya selepas ini aku nak cuba selepas solat isya', mungkin lebih lama dapat berada di situ. Insya-Allah.

Kalau dulu dapat masuk ke Raudhah & dapat ke makam Rasulullah tapi sekarang makam dah ditutup. Muslimah memang tak dapat lalu pun even depan gate. Yang dapat lalu hanyalah muslimin. Mungkin beberapa sebab tapi salah satu sebab yang aku tahu katanya takut umat Islam ni jadi khurafat pula bila di makam Rasulullah. Takut berdoa minta pertolongan macam-macam. Walhal doa itu hanyalah semata-mata kepada Allah s.w.t.

::gate depan makam :: pic from google::

Aku masih bersyukur dapat masuk ke Raudhah. Kata ustaz, bila kita jejak kaki ke Masjid Nabawi pun Rasulullah dah tahu kita datang. Cuma bila di Raudhah, boleh kirimkan salam kepada Rasulullah dari diri sendiri ataupun yang dikirim daripada ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

::pic from google::

Raudhah : satu tempat yang kecil di dalam Masjid Nabawi yang besar. Luasnya hanya besar sikit dari court badminton. Jaraknya adalah dari makam Rasulullah (dahulunya rumah Banginda) ke Mimbarnya. Merupakan satu tempat mustajab berdoa. Seluruh umat Islam dari pelusuk dunia akan cuba masuk ke Raudhah. Tempat ini dipanggil taman-taman Syurga sebab tidak pernah sunyi dari orang melakukan ibadat. - dari pemahaman diri sendiri dan merujuk kepada buku Madinah Munawwarah.

Lokasi Raudhah : di bawah kubah hijau & laluannya hanya dibuka bila tiba waktunya. Jika tak, kita pun tak tahu macam mana laluan sebab akan ditutup dengan penghadang untuk waktu-waktu solat. Jika waktu untuk ke Raudhah, penghadang dibuka & tape plastik akan pasang sepanjang laluan.

Jadi untuk masuk ke Raudhah tidaklah mudah. Betul-betul memerlukan kesabaran, kecekalan & keazaman. Betul kata ustaz, banyakkan berdoa & solat hajat supaya dapat masuk ke Raudhah. Sebelum aku sampai ke Madinah, aku memang cetek ilmu mengenai Raudhah. Yang aku tahu hanyalah Raudhah tempat aku wajib masuk waima apa pun. (wow, curlasss ayat aku. Ada perkataan waima). Aku tidaklah memahami lokasinya, bagaimana tempatnya, apakah kelebihannya selain mustajab doa, sejarahnya & etc. Indeed!


Ada kump2 besar yang ada mutawwif muslimah. So maybe ada agen sediakan agen muslimah, mungkin dorang akan bawa kita. Tak perlu risau. Macam aku, mutawwif lelaki, so dia tak bawa la muslimah ni. Tapi ana tak kisah. Ana tidak pula komplen sebab bagi ana, lain agen, lain cara. Tidak perlu compare. Mungkin kelebihan agen berbeza-beza. (ana gitew)

Jadi bila hari pertama aku di dalam Masjid Nabawi, aku tertanya-tanya mana Raudhah tu? Macam mana nak masuk Raudhah? Alhamdulillah aku tergerak hati nak pusing-pusing dalam masjid sebab nak paham kawasan dalam masjid yang terrrrramaaatttt besar!


Bila aku round-round dalam masjid, aku pergi ke Women Section Without Children tu kan, aku ternampak guard-guard muslimah masjid tengah pusing-pusing sambil bawa signboard 'Melayu'. Then belakang guard tu ramai orang follow. Ada pelbagai signboard lagi seperti 'Turki', 'Arab', & etc yang aku tak ambil tahu. Yang aku nampak Melayu tu je. Then aku tanya la jemaah Malaysia kita, ini group nak masuk ke Raudhah ke? Dia kata ye. Terus aku join the crowd.

Kita tak dapat masuk terus. Memula dorang akan kumpul jemaah. Duduk mengikut kumpulan. Kemudian kami akan ke satu ruangan ke betul-betul depan pintu Raudhah. Kat situ kena tunggu berjam-jam juga sebab kumpulan Malaysia Indonesia ni agak last. Sebab mereka dahulukan kumpulan-kumpulan Arab. Mungkin sebab size dan perwatakan dorang menyebabkan group Malaysia agak last.

Tapi, jika korang berpakaian sama seperti orang-orang Arab (all in black), then korang rasa korang mampu bersaing bersama size-size mereka, boleh je cuba masuk group lain. Tapi aku tak suggest. Buat apa kan. Kita nak pergi tempat suci, nak beribadat, tapi nak berebut. Baik tak payah, nak tolak menolak, nak cut . Tak pasal-pasal dapat dosa.

Kita tak perlu risau, sebab bila kita dah dapat kumpul depan pintu Raudhah tu, insyaAllah kita memang dapat masuk. Cuma proses nak masuk memang sangat lama. Bayangkan kalau lepas subuh tu jam 6 pagi kita dah berkumpul. Jam 9 pagi belum tentu dapat masuk. Wuduk kena jaga sebab nak solat kat Raudhah. Perut pun kena alas juga sebab lapar.

Macam aku dgn MIL, kami lepas subuh balik hotel dulu, breakfast as my MIL kena makan ubat-ubatan. Pastu nak buang air ke, nak wuduk ke senang. Bila dah selesai, jam 830 ke kami terus ke masjid, join crowd untuk ke Raudhah. Semasa menunggu tu, baca la quran banyak-banyak. Doa banyak-banyak.

Bila dah dapat turn masuk ke Raudhah tu, Masya-Allah. Dengan tidak dipaksa, air mata terus mengalir. (masa menulis ni pun sebak, teringat kenangan kat Raudhah). Nak solat memang susah. Imagine tempat sebesar court badminton tu nak memuatkan lebih 1000 orang dalam satu-satu masa. Clash dengan orang nak keluar dengan orang nak masuk. Dalam berebut, bertolak-tolak tu, banyak berdoa, banyak istighfar, berzikir, banyak selawat. Insya-Allah ada ruang untuk kita solat. Kami solat terus di mana ada ruang. Ruang memang tak besar.

Aku kena keraskan badan & kena kuatkan tenaga sikit sebab tanggungjawab jaga MIL. Dia mana larat nak gagah-gagahkan badan sangat. Tangan dia aku sentiasa pegang takut terlepas dari pandangan. Semasa solat, semasa berdoa, air mata ni laju mencurah-curah. Menginsafi dosa-dosa, memohon hajat & sebagainya. Alhamdulillah walaupun aku tidak menulis hajat saudara-saudariku di atas kertas, aku berjaya menghafal & memohon hajat untuk mereka.

Kita janganlah selfish solat sampai tak bagi pada orang lain pula. Ada sorang jemaah arab ni, dia solat dan sujud tak bangun-bangun. Ada dalam 5, 6 orang dah habis solat pun dia tak habis sujud lagi. Sampai guard tu sound cuit-cuit bahu orang tu sebut 'hajjah, hajjah'. Guard tu cuba alihkan bahu dia untuk bangun pun dia berkeras juga tak nak. MasyaAllah. Sabar je la.

Dah selesai solat, berdoa, kirim salam kepada Rasulullah, kami beredar dengan hati yang sebak & tenang. Kami terus bagi peluang kepada jemaah lain pula. Memang kalau diikutkan hati, nak berlama-lama di Raudhah. Tak nak keluar tapi kalau nak berdoa lebih-lebih, solat lebih-lebih, kami pergi ke ruangan masjid bahagian lain yang tak penuh orang. Kata ramai orang, solat & doa kat mana-mana dalam Masjid Nabawi, insya-Allah dimakbulkan.

No comments:

Post a Comment