Wednesday 20 February 2019

Pap Smear dan Follow-up D10

Setelah kali pertama berjumpa Doktor Adilah di Pantai Hospital Kuala Lumpur, doktor menyarankan aku untuk buat Pap Smear di mana-mana klinik atau di LPPKN. So, aku dah book satu appointment untuk  buat Pap Smear kat LPPKN. Proses Pap Smear ni tak payah cerita la kot, sebabnya semua orang tahu atau kalau tak tahu, boleh je Google mana-mana.

Source Google. Ni equipment yang nurse guna masa buat test kat aku

Proses pap smear disarankan dibuat after 7 days clean from period. Cuma sepertinya test aku tak berjaya sebab aku buat 3 days before next period so sample yang diambil macam berdarah. Staf nurse tu cakap macam invalid but she will process the sample anyway. Leceh pulak kena book date lain. Tapi hari tu aku tak dikenakan caj sebab kebetulan LPPKN nak try new method, konsep DNA. So, under promotion, free of charge je. Kalau tak, LPPKN kenakan caj RM20 untuk Pap Smear.

Then, kat Pantai Hospital, doktor Adilah suruh juga ambil blood test on day 3 menses untuk cek beberapa hormon. Cek paras glucose, liver function test, Lipid Profile - cek cholesterol, cek Follicle Stimulating Hormone (FSH), cek Luteinizing Hormone (LH), cek Vitamin D. Kos ambil darah hari tu dah RM520.00. 😐 

Dari D5 to D9 of menses, doktor dah supply clomid 50mg x 2biji. So, book appointment dengan doktor pada Day10 cos doctor nak buat TVS. Nak tahu progress telur tu.

Hormone wanita yang penting dalam cycle period kita


Bila aku jumpa doktor, dia explain result blood test aku hari tu. Katanya seronok la tengok everything. Lipid ok tapi bad cholesterol tahap border line. No good, no good. Gula ok, FSH cantik, LH cantik tapi hormone estrogen rendah pulak. Aiseh. Then paling kurang vitamin D. Memang nak reach tahap deficiency dah. Rendah betul.

Doktor explain suruh makan Vitamin D banyak-banyak. Dia supply pil 1000IU x 2 biji untuk makan pagi & malam. Suruh makan for 1 month. Aku tunjuk juga multi-vitamins yang aku beli sebab doctor suggest suruh consume kan.

My multivamins, Berocca. No Vitamin A inside

Aku beli multi-vitamins Berocca ni. Kenapa amik brand ni? Sebab dia tak ada Vitamin A. Menurut Doktor Adilah, excessive Vitamin A can harm your unborn baby. So, susah jugak nak cari multivitamins yang tak ada Vitamin A. Nasib Berocca tak ada. Lagipun Berocca ni memang terkenal selepas Tun M kita guna. Doktor Adilah cakap okay, can proceed.

Then buat TVS on Day 10. Bila scan right ovary, ada 1 sahaja telur yang progress besar untuk hari ke sepuluh. Left ovary ada 3,4 telur tapi bersaiz kecil je. Doktor settle scan, dia cakap. Tak boleh proceed to IUI. If proceed, doktor akan bagi injection so, dia risau telur dalam left ovary akan semua membesar dan will cause to OHSS.

Source google for OHSS

Apa benda OHSS? Boleh google lah. Senang cerita, semua telur dalam ovari membesar dan menyebabkan ovari bengkak. Aku pernah encounter benda ni masa buat IUI 4 years ago and the procedure need to be stop immediately sebab takut lagi kronik. Tahap kronik kena OHSS ni boleh masuk ICU tau.

So, doctor suruh kami natural conceive. Katanya based on my blood test, patut tak ada masalah untuk guna kaedah OPK strip. OPK ni alat untuk cek waktu subur. Doktor suruh beli OPK strip dekat luar je. Dah sudah, nak pakai urgent, kena beli online pulak. Dia cakap kat luar murah lagi, tak nak lah suggest beli dengan farmasi. Heh bagus doktor ni.

Then doctor bagi juga ubat Progynova 2mg. Part ni sedikit scary.

Source google. Brand sama dengan Berocca ye. Famous product Bayer ni ye.


Apa pulak ubat Pregynova ni. Katanya biasa orang menopause ambil. I don't know what for but i think this tablet bagus to increase estrogen hormone kot. Doktor bagi 28 biji, kena guna 2 biji untuk 3 kali sehari. Masalahnya, ubat ni kena masuk ke rahim sendiri.

Aku macam terkulat-kulat dengar. Macam betul ke apa aku dengar ni? 😓😓😕

See? Struggle betul nak conceive ni. Dulu fasa IUI kena inject kat perut sendiri. Setahun struggle tuh. Now kena masukkan ubat ke rahim sendiri pulak. Doktor cakap rilek je. Ye lah doktor. Saya sanggup apa sahaja!

Total jumpa doktor hari tu was RM440.00. Alhamdulillah, masih boleh bertahan. Sesiapa yang baca blog aku ni, post ni, please pray baby dust to me. Pray for my success so that I don't have to proceed to IVF.

Next kena jumpa doctor hari ke D16. Patut dah lepas fertile phase tapi doctor nak betul-betul make sure egg memang confirm dah release dari ovary. Will see how. Wait for my other post.

1 comment:

  1. Hi sis.. Boleh tau progress rwtn bersama ngn Dr. Adila? Sy br start dgn dia..

    ReplyDelete