Saturday 16 February 2019

Percutian ke Jepun yang mencemaskan

Walaupun aku telah menjejakkan kaki ke lebih 20 buah negara, bak kata orang, tak payah eksyen sangat.

Lain negara, lain cabarannya. Percutian aku dan hubby ke Jepun memang sangatlah mencemaskan dalam sejarah travel kami berdua. Inilah travel yang 5 kali flight tiket kami berubah dan beberapa destinasti terpaksa dibatalkan!

1st flight ticket kami berjaya beli dengan AirAsia pada setahun sebelum kami travel. Harga tiket kami dapat return untuk 2 orang ialah RM1363.00.

Pergi 8/9/18 then balik 14/9/18 dengan route Kuala Lumpur-Osaka-Kuala Lumpur


Then, beberapa bulan selepas itu, kami menerima email daripada AirAsia, flight retime and kami dikehendaki menukar tarikh dan masa penerbangan disebabkan AirAsia buat 1x sahaja penerbangan dalam 1 hari. Kalau dulu-dulu, AirAsia terbang 2 kali sehari ke Osaka.

Bila macam tu, kami dibenarkan tukar tiket for free! So, sebab kami balik tu 14hb, jadi total days pergi ke Jepun hanyalah 7 hari. Macam singkat. Bila dapat tukar free, kami extend tarikh balik pulak.

Pergi 8/9/18 dan balik 16/9/18 dengan route Kuala Lumpur-Osaka-Kuala Lumpur


So, 2nd flight ticket ni macam dah cun. Dapat pergi ke Jepun selama 9 hari. Dapatlah cover Osaka, Kyoto dan Tokyo. Itinerary pun dah buat lah 3 bulan sebelum pergi.

Ditakdirkan, kuasa Allah maha Esa. Seminggu sebelum kami pergi, ada taufan Jebi melanda Osaka. Sungguh mengejutkan, tidak disangka-sangka. Aku memula rilek je, sebab fikir seminggu je lagi, tapi hubby cemas. Dia sangat risau. Kerisauan hubby ku ternyata benar. Kansai International Airport ditutup! Masa tu kami punya flight ke Osaka masih lagi on. AirAsia tidak membatalkan flight malah tidak juga reroute ke airport lain.

Masa ni kami semua 99% ready, tunggu nak fly je sebenarnya. Insurance semua dah beli! Aku siap ada 2 insurans masa ni dari Etiqa dan dari Takaful Malaysia (company punya).

2 hari sebelum pergi, kami decided nak pergi KLIA2 untuk tanya status flight kami sebab tak ada status di website. Kami pergi lepas kerja. Malam tu, kena gi kaunter khas dekat area check-in juga untuk tukar tiket. Sekali, staf AA cakap flight belum cancel tp dia cakap ada potensi untuk dibatalkan. Dia suggested untuk tukar terus and reroute to Tokyo!

Kami blank, sebab itinerary, hotel semua dah on. Kalau reroute, of course plan kena berubah. Yang lagi sadis, kami tak dapat fly Sabtu, 8 September sebab flight ke Tokyo pada tarikh tu dah fully booked! The earliest ada ialah 10 September Monday ke Tokyo. Kami tersadai kat KLIA2 tu for a while. Siapa sangka, airport should be a place for excitement turns out to be a place for sadness and frustation. Gitulah kekonon

Kami terus ke Starbuck di KLIA2 then pikirkan our itinerary. To cancel, lagi banyak rugi dari pergi. We decided untuk fly juga ke Japan. Tukar sana, tukar sini, cancel few things, kami setuju. Gi kaunter ticket sekali lagi, kami setuju fly ke Tokyo pada 10 September tu.

Pergi 10/9/18 dan balik 18/9/18 route Kuala Lumpur-Tokyo-Osaka-Kuala Lumpur

Hence, this is our 3rd ticket. Pergi 10 September ke Tokyo, balik 18 September dari Osaka. 9 hari juga ke Japan. Masa tu staf AA tanya juga, betul ke nak balik dr Osaka and we said yes. Masa tu airport Osaka masih lagi ditutup, so we believed 10 days after, sure airport tu dah operated as usual. Besar harapan kan!

Sekali, seronok-seronok di Tokyo on day 4, we got news that Osaka Airport will be operated but only selected flights will depart from Osaka. AirAsia akan fly alternately tapi pada tarikh kami 18 September tu, flight AirAsia tak fly dari situ!!!!!!!!!!!!!

Malam tu kami balik dari Disney TokyoSea. Dah la penat-penat, tak dapat tidur lena. Macam nak gila lah. Kami tak ada tiket balikkkkkkkkkkkkkkkkk. Cemas sangat. Both of us tried to contact AA thru livechat. Dah la waiting time 99 numbers! Imagine we all had to wait using mobile phone for more than 1.5 hours. Duduk je setia menanti menatap smartphone. Risau juga phone screen off. Kena selalu touch screen tak nak bagi padam.

Setelah sejam setengah tunggu, dapat live chat je. Call memang tak berjaya. Kami cakap, nak balik earlier than the actual date. Kami tak boleh balik lewat lagi tu sebab cuti kami tak banyak, kerja kat office banyak menanti kotttttttttt. Mau kena fire kalau extend cuti.

We said nak balik 17 September via Osaka. Livechat AA ni macam call center jugak. Dorang tak dapat tukar tiket immediately. Dia akan process. Dia cakap dia akan send the new itinerary to us by tomorrow morning sebab dorang dah put our case in Priority!

The next morning masa kat Tokyo, we woke up quite late sebab tidur around 2pm lebih. Tunggu tiket barulah lega nak gi tour. Bila dapat email, lagi mau nangis!

Tiket salah. Pergi 10/9/18 balik 23/9/18 route Kuala Lumpur-Tokyo-Osaka-Kuala Lumpur


Staf AA livechat tu ke, siapa ke, tukar tiket kami balik 23 September! WHatttttttt!!! Extend lagi 6 hari??? Ko ingat apa? Mengong sangat. Sehari dok di Japan ni cost about RM1,000 okay. 6 hari means another RM6,000.00 ko. Gila sangat

Kami tak jadi gi berjalan. Gi ke Haneda Airport untuk tukar tiket. Tapi malangnya, AirAsia tak ada kaunter. Kaunter AirAsia hanya ada pada belah malam sahaja ok. Very stressful at that time! Orang information kaunter kat Haneda Airport cakap, even they dont have any office outside airport. Husband on roaming. Make a phone call to Malaysia tapi tak dapat went through. KAmi search kat FB, kat google, some person advised to use Indonesia Call Center. We made it.

Bila call AA Indonesia, dia cakap, maybe date kami nak balik 17 September via Osaka tu dah full. That's why dorang tukar to 23rd September. Kami cakap nak earlier than 17 September lah. Dia cakap tak ada jugak.

So, we decided nak balik via Tokyo je on 17 September. Dia cakap akan process sebab staf AA Indonesia cakap 17 September masih available from Haneda Airport, Tokyo! So lega lah kami hari tu. Sambung g berjalan. Bila dapat email baru, kami tak dapat check-in. Kami ada hutang dengan AA sebanyak RM4,000.00!

RM4,000 untuk tukar tiket yang bukan salah kami pun! Gila sangat-sangat dah ni.

Malam tu, we all decided nak ke Haneda Airport once again to explain why we had to pay RM4,000.00. Hubby worried staf AA tak faham english, dia dah buat translation siap-siap! Malam tu, when we go to AirAsia counter, we explain to the staf, staf tu tak faham English very well. Yes she can speak basic english tapi this condition dia tak faham. Dia push us to pay RM4,000.00

Hubby gave up! I did not. Why we need to gave up. Masa ni memang bengang sangat dengan AA. Sangat-sangat bengang.

Bila kami nak blah dari kaunter tu, the staf maybe rasa bersalah sebab dia tak dapat solve our problem. She asked us to refer to her manager. Luckily, the manager AA Japan ada kat situ. He said, he will contact AA Malaysia directly regarding our issue.

Sekali, wallah! Sebab system AA ada problem, sebab tu ticket kami kena caj padahal free sahaja sebab perubahan ni bukan salah kami kan.

Pergi 10/9/19 balik 17/9/18 route Kuala Lumpur-Tokyo-Kuala Lumpur


Hence, this is our 5th ticket. Pergi Kuala Lumpur-Tokyo-Kuala Lumpur. Balik 17 September intead of 18 September. Dari 9 days tour, jadi 8 days tour. Burnt 1 hari aktiviti.

Trauma?? Sikitlah. Banyak hikmahnya dari segala masalah ini. First, jangan sombong walaupun dah banyak negara dah berjalan. Walau dah banyak kali ke Japan pun jangan sombong. Japan ni negara yang paling tak stabil dari segi natural disaster. Secondly, partner kita punya instinct, kita kena terima. Kalau partner rasa tak sedap hati, tapi aku rasa biasa je, sedap hati je. We must have second thought. Kalau ikut instinct aku, tak ada masalah je memanjang. Haha.

Nanti ada masa aku share la my trip to Japan. Hahaha. Banyak dah entry travel tertangguh ni. Hope ada la masih baca blog sendu ni. Hihi

2 comments:

  1. Ish..Ish..ish AJ. Ganaz sangat situasi korang aritu dih.huhu..

    Actually aku duk godek2 blog sempena promo BIG ni. Jumpa pulak blog ko.haha! Singgah la kejap baca2.

    ReplyDelete