Friday 1 February 2019

Perkara Perlu Tahu Mengenai Switzerland

Bila aku booked tiket ke London and planned untuk buat Europe Trip, first thing first untuk buat itinerary, of course kita kena tahu, ke mana kita nak pergi? Negara apa?

Salah satu negara yang aku nak pergi is Switzerland. Adik aku yang dok di London tanya, betul ke nak ke Switzerland? Negara tu mahal. Semua benda mahal. Paling mahal katanya di antara negara-negara Europe yang lain.

Terus aku terpikir. Terus buat research. Kalau nak ke Switzerland, nak pergi negeri mana kan? Daerah mana, bandar mana. Semua kena fikir. Unless ada duit seguni, tak ada hal.


Negeri/Districts/Cantons of Switzerland. source: www.about.ch

Maklumat Switzerland



Negara               
Switzerland
Bilangan Kanton/daerah/negeri 
26
Orang Switzerland       
Swiss
Ibu negara       
Bern
Bahasa                         
Negeri/kanton yang bersempadan dengan German, akan guna bahasa German. Negeri/kanton yang bersempadan dengan France, akan cakap French. Negeri yang bersempadan dengan Italy, akan cakap Italian.
Anggaran perbelanjaan 2 orang
CHF 300 = RM1200.00/sehari (sumber LonelyPlanet)
Tujuan pergi           
Mountains, Lakes, Nature, Snow, Skiing, Express Train


Aku punya style suka tahu sebelum pergi, kena tahu tempat tu kat negeri mana, city apa. Bukan main redah je. Bukan apa, certain kita pergi travel, tak tahu pun tuh negeri apa. Macam sedih kan. Contohnya la, kita pergi Miri, tapi tak tahu Miri tu under Sarawak. Sort of.

Riki punya riki, aku decided nak pergi jugak. Nak pergi dari Paris (France), ke (Switzerland) tapi masih tak tahu daerah mana, city mana. Tapi dari Switzerland aku nak ke Amsterdam (Netherlands). Kebetulan ada cheap flight dari Zurich to Amsterdam, it means that aku keluar dari Switzerland di Zurich.

Now dah tahu, aku masuk ke Switzerland dari Zurich and keluar dari Switzerland pun dari Zurich jugak dan nak ke Switzerland untuk tujuan merasa snow/mountains.

Bila dah tahu, kena research lagi mountain or alp mana yang sesuai dengan 3 hari 2 malam aku tuh.

Banyak mountain or lake famous yang tourist Malaysian pergi especially ke Interlaken dan Lauterbrunnen. Tempat ni berada di Canton of Bern.


Tempat-tempat Menarik di Switzerland

Now nak listkan beberapa Mountains from their Cantons:

Canton/Districts/Daerah/Negeri
Mountains or Place of Interest
Valais
Zermatt, Matterhorn
Ticino
Lugano, Cimetta
Bern
Interlaken, Grindelwald-Cliff Walk, Lauterbrunnen, Jungfraujoch Top of Europe, Lake Brienz
Lucerne/Luzern and Obwalden
Pilatus, Rigi, Lake Luzern, Titlis, Stanserhorn
Zurich
Lake Zurich, Uetliberg

Few Cantons of Switzerland and places of interest

Dah tau Kanton, dah tahu places of interest, baru boleh pikir, area mana nak kita cover. Kalau cukup masa dan wang, tak ada masalah. Boleh cover the whole Switzerland. Datang dari Geneva, balik ikut Zurich ke dan sebagainya.

Disebabkan aku tiba dan pergi dari Zurich, makan aku akan ke Zurich dan Lucerne sahaja untuk ke Mount Titlis. Susah nak buat decision. Ikutkan hati nak cover Interlaken untuk ke Jungfraujoch tapi aku siap tanya local Swiss, what is their recommendation. Hasil baca, response dari Swiss, dorang recommended aku untuk ke Engelberg sahaja dari Lucerne.


Pengangkutan di Switzerland

Yang ni pening juga especially Europe apabila train is used widely on every country. Jadinya, ada train antara negara, ada train antara bandar, ada train untuk tengok scenary sahaja. Of course aku hanya menggunakan public transport sahaja bila di Europe termasuklah di Switzerland.

1. Antara negara: Yang ni macam Italy ke Switzerland, Switzerland ke French. Untuk aku, dari French ke Switzerland, aku menaiki TGV Lyria (Klik Sini)

2. Antara negeri atau dalam Switzerland : Sebenarnya nak explain memang pening sebab terlalu banyak jenis tiket and transport. Nak tahu lebih details, seeloknya klik sahaja di web transportation Swiss SBB CFF FFS (Klik Sini). Ataupun mereka kini mempunyai mobile apps iaitu SBB Mobile

3. Scenary Train: Glacier Express, Bernina Express and Gotthart Panorama Express. Ada jenis bermalam dalam train tau jadinya, tak perlulah sewa hotel lagi kan. Yang ni pun boleh klik di web SBB CFF FFS tu.


SBB Mobile untuk transport app di Switzerland

Ataupun sekarang ni lebih mudah menggunakan Google Maps sahaja kan. Europe country ni antara paling effective guna Google Maps. Confirm tak sesat.


Selebihnya kena rajin baca di Switzerland official website, portal-portal seperti TripAdvisor dan Lonely Planet.

TripAdvisor Top Questions about Switzerland
- TripAdvisor Top Questions about Lucerne


Ok, tuh dulu aku share sedikit sebanyak mengenai Switzerland. Nanti aku share my trip to there dan berapakah yang aku belanjakan memandangkan ini antara negara yang termahal di Europe.

No comments:

Post a Comment