Saturday 9 February 2019

Pengangkutan percuma di Lucerne, Switzerland

Sebelum gi travel ke Switzerland tahun 2017 tu, aku rajin la masuk web official tourism mereka. Baca info, nak fahamkan jenis transportation dan sebagainya. Masa tu, di web Luzern (Klik Sini) ada promo, book hotel sewaktu winter, akan dapat free transportation. Itu lah juga punca aku pilih Luzern sebagai city atau kanton untuk pergi sewaktu ke Switzerland. Maklumlah, Switzerland kan mahal. Mana boleh jimat, kita jimat.

Untuk pengangkutan di Central Switzerland, salah satu option yang tourist boleh gunakan ialah menggunakan TellPass. Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh Klik Sini. Dia macam pakej, 3 hari 2 malam, bayar sekian-sekian, dapat naik semua transportation. All in one ticket. Masa time aku pergi tu, harga tell-pass untuk winter CHF100 2 hari untuk seorang. Bila convert lebih kurang RM410.00 seorang. Kalau dua orang dah RM 820.00.

Winter tell pass untuk seorang RM410.00 selama 2 hari


Rezeki aku kot, kebetulan masa aku nak pergi, website Luzern ada kolaborasi dengan Tell-pass, where by, siapa book hotel yang collaborate dengan Luzern tourism, akan dapat Tell-pass for free. FREEEEEEEEEEEEEEEE ok. FREE! Siapa tak nak free RM410.00???? Masa tu dia ada lah list of hotels yang join the promotion. Bila aku scroll list of hotels tu, mujurlah ada satu hotel budget yang boleh book. Hotel tu ialah IBIS BUDGET HOTEL di Luzern.

Aku mula-mula suspicous jugak. Betul ke tak ni promotion website Luzern buat. Manalah tahu, promotion dah habis ke, tapi masa tu dia cakap valid for Winter Season sahaja. So, memang aku pergi pun winter season jugak. Validlah kan.




Aku terus book hotel Ibis Budget Hotel Luzern tu kat booking.com. Harga aku dapat untuk 3 hari 2 malam ialah RM630.00. Wah, sangat berbaloi.

Dah book hotel, aku punya nak double confirm, aku email to Luzern Tourism. Aku cakap, from their website ada promotion so aku nak cek, aku dapat ke tak promotion tu. Mujur dorang reply. Cepat pulak tu, hari yang sama jugak dorang reply email aku, and katanya aku dapat the promotion. Request dari hotel voucher tu bila aku check-in. Aku pun lega sangat. Alhamdulillah. Macam rezeki sangat tuhan nak bagi aku jejak ke Switzerland ni.

Kalau from my previous post, harga untuk 2 orang bagi sehari di Switzerland ialah RM1200.00 okay. Kalau pergi 3 hari 2 malam, dah RM3,600.00. Ini dah cukup jimat bila aku dapat 2 days pass for free. Nearly RM1,0000.00. Alhamdulillah. Later, aku story my journey di Lucerne/Luzern, Switzerland.

1 comment: