Wednesday 10 October 2012

Cowboy Town, A Famosa Resort

Sambung entri dari Animal World Safari. Pada malamnya, kami ke Cowboy Town. Jarak dari satu tempat ke satu tempat dalam A Famosa Resort ni memang jauh. Nasib kami ada transport sendirik. Kalau menapak ni, memang peluh ketiak bagai. Walaupun transport resort disediakan, aku tak sure timing dia pukul berapa ke pukul berapa. Tapi rata-rata foreigners akan naik transport resort.

Seperti entry ke Animal World Safari, kita kena exchange voucher kepada strip dulu kat registration counter. Kami dapat price RM 18 (adult) each & RM 18 (child) each sebab beli melalui online. Murah kan sebab kalau rate biasa akan dikenakan RM30 (adult) & RM28 (child). Masa kami sampai tu, macam tak meriah mana sebab orang ramai dah habis beraya. So tak begitu pack. Tapi suasana Cowboy Town ni tak se grand seperti dalam pamphlet tuh. 

Us as the entry

Okay. Bila masuk je staf dorang akan ajak kita bergambar dengan topi cowboy. Kami pun layankan je. Topi tu kena return balik ye. Then dorang ajak lagi bergambar dengan gajah. But this time gajah ni akan angkat kita guna trunk dia tuh. Anak buah aku yang besar tu memang jenis berani. Suka la dia.

Then kami jalan-jalan dalam area town yang muram ni. Memang muram sebab banyak children park  ditutup. Katanya dalam ni ada cafe, karaoke, wet market, cyber cafe & etc tapi macam tak bukak pun. Ke dah muflis? Or maybe mood raya tak habis lagi. Then kami terus jalan ke tempat show. Ada dua show dalam Cowboy Town ni. 1st show was Red Indian Show.


The Red Indian Show

Lepas habis Red Indian Show, ada time break before the second show. So untuk memeriahkan suasana (kononnya), dorang akan bawak keluar beberapa ekor orang patung untuk kanak-kanak bergambar. Tapi dengan syarat pakai camera dorang. Dorang ni memang buat duit betul. Pastu ada juga dorang bawa ular albino untuk bergambar bersama. Again with their camera.

Then after 1/2 hour, baru start 2nd show. The 2nd show was Carnival. Aku ingat benda apa la Carnival ni kan. Sekali macam perakan je. Memula start dengan tarian kebudayaan Malaysia. Eh tetiba mood cowboy tu tak ada. Then ada perarakan dari pelbagai jenis binatang, & etc. Layan je beberapa gambar yang aku snap.


 Ok. Aku tak beria. Teman anak buah aku je.


Selepas beberapa minit, (setengah jam kot), maka tamatlah show kat Cowboy Town ni. Before berakhir show ni, ada pertunjukan bunga api. At first, aku ingat sempena bulan raya ni ada bunga api. Rupa-rupanya memang ada show fireworks ni.


Best jugak sebab fireworks dia banyak gila ok. Memang lama tunggu fireworks ni habis. Then kami pun keluar. Ada ke 4D Theater tapi kami tak masuk la sebab lain caj. Lagipun takut biasa-biasa & membazir duit. Tapi kami membazir duit kat gambar-gambar yang dorang dah snap tadi. My Sis In Law memang sakan membeli gambar anak-anak dia.

Before kami balik, my nephews tu nak naik poney plak. Layankan je. Harga berapa aku pun tak tau. Sementara menunggu dorang naik poney tu, aku pergi jenguk magician show. Haha. Sadis wei. Magic level kanak-kanak boleh ar. Pastu crowd pun tak ramai. Aku pergi sebab kesian tengok dia wat show tak dapat attraction. Huhu. 


Kami balik malam tu dengan kelaparan. Nasib la kat Condo ada makanan lagi. Kalau tak mana nak cekau tengah-tengah malam kat area resort tu. Tak ada kedai pun. Aku rasa A Famosa Resort ni kena la cari idea macam mana nak improve shows dorang ni. Kesian macam out of idea. Paling kesian dekat tourist la kan. Datang jauh-jauh, bayar mahal-mahal tapi tak memuaskan. Really.

Tuh je la seharian aku di A Famosa Resort. Siang di Animal World Safari. Malam kat Cowboy Town. Later aku update entry second day. We went to Water Theme Park.

2 comments:

  1. Beb, betol ke x beriye? Pasti ke? Aku tgk gmbr tuh hang yg beriye.. Tp klu aku pon beriye.. Bdn je beso aku nih ;p

    ReplyDelete
  2. Kira boring la yea x mcm 2009

    ReplyDelete