Friday 19 October 2012

Lawatan Kilang Kek Lapis Dayang Salhah

Kalau datang ke Sarawak especially Kuching, ole-ole yang wajib dibeli mestilah kek lapis. Kek lapis keluaran apa-apa pun tak kisah yang penting kek lapis Sarawak. Antara kek lapis yang terkenal & glemer kat Sarawak ni ialah Kek Lapis Dayang Salhah & Mira Cake House. Kalau datang ke Kuching memang tour-tour guide akan bawa ke kedai kek lapis ni. Dikira one of the attraction places in Kuching.

Tapi, kita hanya dapat ke kedai jualan yang terletak di Kampung Gersik. Pembuatannya kita tak tahu kan? Pada Jumaat yang lepas, satu rombongan cik kiah dari Jabatan Penjara Seluruh Malaysia telah datang ke Kuching. One of their places to visit was Kilang Kek Lapis Dayang Salhah. Mereka telah meminta jasa dari kolej aku untuk membawa mereka ke kilang tersebut. Orang yang beruntung & bertuah yang amat untuk membawa mereka ialah aku.

At first rasa sangat ralat. Aku orang semenanjung pula jadi tour guide di Sarawak tapi sebab dah amanah kan, aku buat juga. Sebelum membawa mereka ke kialng ni, aku dah survey jalan dulu. Kilang ni terletak di Demak. Agak jauh dari kedai dorang yang terletak di Kampung Gersik.

Kami sampai di kilang pada jam 9 pagi. Bila sampai kilang tu, kami disambut dengan mesra oleh penyelia & pekerja-pekerja kilang. Kami dibawa melawat proses-proses membuat kek lapis. Kilang ini merupakan kilang ke 2 & baru sahaja dibuka. Operasi kilang pun belum 100%.

Mereka sangat berbesar hati menerima pelawat dari luar. Bila kami maklumkan berapa ramai yang nak datang, siapa yang datang, dorang siap buat adunan khas lagi untuk demo kepada kami semua. Tapi bancuhan & adunan tu adalah rahsia dan diproses dikilang pertama. Jum kita layan gambar-gambar ni.

 En Akmal, Operation Manager tengah memberi penerangan kepada kami.
  





mesin pengadun. Setinggi aku mesin ni.

Electric oven. Belum diguna 100% due to electricity supply yang masih dalam proses.


Gas oven masih digunakan. Yang sedapnya kek tu sebab oven ni. Rasa moist-moist gitu. Tapi kat semenanjung tak ada jual rasanya oven ni.

  Adunan Red Velvet

 Aku pun sibuk juga membakar kek ni. Kek adam & hawa kot. First time dorang nak keluarkan kek ni.

 Kat sini memang sangat sejuk. Tak leh dok lama-lama. Even pekerja dia pun pakai sweater.


 Last kami dibawa ke geleri jualan. Boleh rasa sepuasnya & even dorang suh kami tapaukan kesemua tester ni. Kenyang dengan kek je.

 Last sekali siap bagi cenderahati lagi. Memang sangat baik & welcoming orang Dayang Salhah ni. Siap bagi 2 biji kek lagi dalam tu. Tengok kakak sebelah tu. Banyak gila memborong kek.


Kami habis melawat kilang tu jam 12 tengah hari. Kami siap dapat rasa kek Red Velvet yang panas-panas. Memang sedap. So pada sesiapa yang nak buat rombongan ke Kuching & rasa-rasa nak pergi ke Kilang Kek Lapis Dayang Salhah, boleh contact En Akmal.

4 comments:

  1. Actually where is the exact location of this kek lapis factory?

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Wawa..boleh tak saya dapat kan no telefon En Akmal tu..sbb kami pun nk melawat kilang ekk lapis Dayang Salhah tu..

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum Wawa...macam mana sy nk contact kilang kek lapis tu sbb di website dia hanya ada no telefon kedai kek dia saja..huhu..kami nk pi visit kilang dia nanti..

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum Wawa...macam mana sy nk contact kilang kek lapis tu sbb di website dia hanya ada no telefon kedai kek dia saja..huhu..kami nk pi visit kilang dia nanti..

    ReplyDelete