Monday 22 October 2012

Review: The Billionaire

Korang suka makan snek tak? Snek apa korang makan? & Korang pernah tak makan snek ini?

 Source : google

Aku pernah makan dried seaweed ni suatu ketika dahulu tapi sekarang dah tak makan sebab kehalalan snek ni sedikit meragukan tapi kalau sesiapa nak ikut international punya logo halal tu pun terpulanglah.

Aku bukan nak promote ke apa tapi korang tahu tak cerita disebalik snek ni? Alkisahnya hubby aku termenonton cerita The Billionaire ni kat astro box office channel 952. The Billionaire is based on true story of the founder Tao Kae Noi.


The review yang bakal aku tulis ini berdasarkan cerita yang aku tengok dan setakat yang aku ingat. Mungkin terdapat sedikit perbezaan atau sedikit kesalahan maklumat sebab aku dah tak berapa ingat jalan ceritanya meskipun aku telah tengok berulang-ulang kali. Dah tua ke aku ni?

Aitthipat Kulapongvanich atau nama glamournya Tob merupakan anak kepada mak ayah dia la kan? Hehehe. Ayah Tob merupakan seorang businessman tapi business ayahnya telah bankrup dan ayahnya telah berhutang sebanyak 40juta Bhat = RM 4 juta. Tob pula merupakan pelajar high school yang gilakan video game. Hidup dia tak ada benda lain kecuali bermain video game sahaja sehinggalah dia telah memenangi pertandingan video game.

Dia telah menerima beratus ribu bhat (beribu RM) dan ingin memulakan perniagaan dengan duit tersebut. Pada mula perniagaan, dia pergi membeli beratus-ratus (beratus ok) dvd player yang tiruan untuk dijual. Kemudian bila dia start pasang dvd player tersebut, rupa-rupanya dia telah ditipu. DVD player yang dia beli rupanya yang sudah rosak. Dia tak sempat lagi untuk memulakan bisnesnya. Bila dia pergi pulangkan balik kesemua player tersebut & menuntut wangnya, dia telah dimarahi dan peniaga tersebut tidak mahu memulangkan wangnya dengan alasan Tob sendiri yang bersalah sebab tidak memastikan dvd tersebut ok ke tak.

Bila hampir kesemua duitnya ditipu, dia sekali lagi memikirkan perniagaan lain dengan harapan untuk membayar balik hutang ayahnya. At that time dia tak tahu jumlah hutang ayahnya. The most funniest thing was dia pergi ke bank untuk buat loan. Pada umur 19, mana ada bank yang akan meluluskan permohonannya. Ayah Tob pula memaksa Tob untuk sambung belajar di college. Ayahnya menyuruh Tob memasuki kolej kerajaan sebab yuran yang murah tapi Tob pula ingin menyambung pelajaran di kolej swasta.

Disebabkan yuran kolej swasta yang mahal, tob telah menjual loket azimat miliknya ke kedai pajak gadai. Dia tak ada buat market survey berapa harga azimat tersebut dan telah menjual dengan harga 1juta bhat. Dengan duit tersebut, dia telah berjaya masuk ke kolej swasta. Dia ada girlfriend dekat kolej ni. Walaupun Tob telah masuk ke kolej, hati dia masih lagi hendak menjalankan business. Dia selalu skip ke kolej.

Pada suatu hari, masa dia tengah drive dan kelaparan yang amat sangat sebab belum makan or tak ada duit nak makan, dia telah ternampak satu pameran makanan antarabangsa. So dia drop by kat pameran tersebut dan makan sample makanan secara percuma. Tengah dia jalan-jalan di pameran tersebut, dia ternampak satu company yang jual mesin chestnut  Orang company tu kata kalau dia beli mesin tersebut, dialah orang pertama yang menjual chestnut dengan mesin tu. Tanpa fikir panjang, dia terus beli mesin tu tapi belum tahu macam mana hendak buat bisnes tu.

Bila dia balik, dia kena marah dengan ayahnya sebab beli mesin dengan harga mahal. Tapi nak buat camna dah beli kan. Kemudian Tob pergi ke tempat penjual chestnut dan bertanya macam mana nak masak chesnut tersebut. Dia kemudian beli bahan-bahan & mencuba masak chestnut berpandukan pertanyaan dia kepada penjual-penjual chesnut sahaja. Bila dia dah berjaya masak chestnut tersebut, dia fikir pula macam mana nak jual chestnut dia supaya laku. Dia meminta tolong pakciknya menjual chestnut dia pasaraya.

Pada mulanya, chestnut dia tidak mendapat sambutan. Dia frust sebab mungkin lokasi yang tidak strategik. Kemudian dia tukar lokasi menjualnya dan mendapat sambutan tapi masalah pula timbul apabila mesin chestnut tersebut mengeluarkan asap dan telah mengotorkan siling pasaraya tersebut. Management minta dia bersihkan siling tersebut. Sampai ke tengah malam Tob buat kerja untuk cat balik siling yang hitam tapi pihak management tetap memberhentikan businessnya juga.

Diringkaskan, mak dan ayah Tob telah berpindah ke China untuk memualakan hidup baru disebabkan kegagalan membayar hutang. Tob enggan mengikuti ayahnya dan masih mahu cuba berbusiness di negaranya. So tinggal lah Tob dengan pakciknya sahaja. Rumah Tob juga telah disita bank. Tapi Tob buat bodoh dan duduk juga dirumah tersebut. Pada satu hari, masa Tob keluar dating dengan girlfriendnya, dia nampak girlfriend dia makan dried seaweed. Dia pun mencuba. Dari situlah dia cuba perniagaan seaweed pula.

Dia telah menghabiskan duitnya dengan membeli seaweed dan cuba menggoreng. Tapi bila dah goreng, rasa dia tak sedap seperti yang pernah cuba. Dekat seribu paket seaweed telah dibazirkan Tob untuk mendapatkan rasa seaweed yang sebenar. Tob juga menjual kereta miliknya untuk mendapatkan duit membeli seaweed. Kemudian pakcik Tob pula telah tergelincir dan jatuh ketika menolong Tob menggoreng seaweed. Memang seperti sudah jatuh ditimpa tangga.

Tob beli lagi seaweed & goreng lagi tapi rasanya tetap sama. Tak sedap. Kemudian dia telah mengambil sepaket seaweed yang telah basah dimasuki air hujan kemudian menggorengnya. Dan barulah dia tahu yang seaweed tersebut kena dibasuh terlebih dahulu dan dia telah mendapat rasa seaweed yang sebenar. Kemudian dia terfikir untuk memasarkan seaweednya.

Girlfriend Tob telah meninggalkan Tob disebabkan kecewa dengan sikap Tob yang tidak mahu sambung belajar. Tob kemudian memikirkan bagaimana hendak memastikan seaweednya bertahan lebih lama. Dia telah pergi ke fakulti makanan untuk bertanya kepada prof. tentang cara memastikan pembungkusan yang tahan lama. Prof tersebut menunjukkan mesin pembungkusan makanan. Tob juga membeli mesin tersebut.

Tob kemudian bertanya kepada ayahnya jumlah hutang sebenar. Dia sangat terkejut dengan jumlah tersebut dan memikirkan bagaimana dia boleh mendapat keuntungan dengan cepat. Satu hari bila dia ke 7Eleven untuk membeli bateri walkman, dia telah mendapat idea untuk memasarkan sneknya ke setiap cawangan 7E. Bila dia ke ofis 7E, bos 7E menolak snek Tob disebabkan packaging yang tidak menarik. Tob kemudian menempah packaging yang lebih baik.

Bila dia pergi ke ofis 7E lagi, bos tersebut pula busy. Berjam-jam dia tunggu sampai give up tapi tak dapat pun jumpa bos 7E. Dia kemudian sedekahkan sample sneknya kepada penjaga lif. Bila staf-staf 7E masuk dalam lif, dorang makan snek-snek tersebut. Mujur paket snek yang terakhir telah dilihat oleh bos 7E. Dia kemudian memanggil Top untuk berbincang mengenai pemasaran sneknya.

Pihak 7E meminta sebanyak 72 000 bungkusan disiapkan dalam masa dua bulan untuk dipasarkan ke seluruh cawangan 7E & pihak 7E akan melalukan pemantauan ke kilang untuk memastikan produk yang dihasilkan memenuhi standard. Tob yang tidak mempunyai kilang akhirnya mengambil balik bekas kilang ayahnya yang telah disita & membuat renovation terhadap kilang itu.

Tob akhirnya berjaya memasarkan produknya ke seluruh cawangan 7E dan berjaya melangsaikan hutang ayahnya selama 2 tahun. Dia kemudian membuka pusat penternakan seaweed di Korea Selatan. Kini business Tob telah berkembang ke seluruh Asia Pasifik ke seluruh dunia. Tob kini berusia 27 tahun (kalau tak silap). The End.

Sangat inspiring cerita The Billionaire ni sampai aku tak jemu tengok berulang-ulang kali. Korang patut tengok cerita ni.

1 comment:

  1. Cik-anne pun berkali kali tenguk cite tu.Banyak pengajaran yang leh kita teladani kan!

    ReplyDelete