Friday 12 October 2012

Water World at A Famosa Resort

Hari ni hari kedua iaitu hari last kami di A Famosa Resort. Pagi tu kami pergi breakfast di cafe hotel Resort. So sekali lagi kena naik kereta. Bila dah sampai kat cafe tu, bagi voucher then dorang kata kami nye Ala Carte Breakfast. Aikk..WT Heck nya? Kami tanya reception & he said memang kami ambil yang ala carte breakfast.

Padahalkan masa kami booking online tu, dorang tak ada cakap pun yang we all akan dapat ala carte breakfast. At least kena bagitau customer type of breakfast yang dorang provide. Nih ada ruangan buffet, ada ruangan ala carte breakfast. Then dalam terpaksa kena redha dengan apa yang ada.

Ada la dalam 5 jenis ala carte menu yang dorang sediakan. Kami satu family order nasi lemak kari ayam je. Tuh je nampak mengenyangkan since tak dapat buffet.


 Fruits disediakan

 Roti pun ada disediakan

Nasi lemak kari ayam

Lepas je breakfast, we all balik semula ke condo memandangkan hari ni hari Isnin. So Water World Park hanya dibuka jam 11 pagi. Kami balik, rehat-rehat, kemas baju semua sebab nak terus check out. Check out went smoothly.

Sampai je Water World, keadaan sunyi & orang tak ramai. Memang syok sebab tak perlu Que panjang-panjang untuk every ride. Oh ye. Kami dapat harga RM 24/each (adult) which normal rate is RM25/each for adult during weekdays. Macam dah jadi standard procedure bila entry je wajib bergambar dengan kamera mereka. Layan kan je.

Dah jmpa port baik punya, aku dengan hubby terus menerjah ke bahagian slides. Ok, aku tak ambil sekeping pun gambar dalam water world ni sebabnya kami berdua basah & ghairah benar nak main slides sampai lupa nak ambil gambar.

Kalau nak tau dari segi sewa tube, locker & etc, korang boleh click di website Water World A Famosa. Aku dan hubby memang belasah kesemua slides yang ada tapi sikit frust bila yang High Speed Slides tu tengah under maintenance.



High Speed Slides. Under maintenance.

pics credit to A Famosa Website

Kami kat sini sampai jam 2 petang. Terus mandi, bilas-bilas semua. Dalam park ni tak ada disediakan makanan yang heavy. Just sosej, nugget, jagung gitu je & harga memang tak sah kalau tak mencekik. Tapi beli juga sebab lapar sangat. 

Sebelum ke next destination,  betul-betul depan entrance Resort tu ada jual durian Musang King. My MIL teringin sebab tak puas makan yang aku bawak balik dari Kelantan. Memang memborong durian sungguh. Sampai RM200 kami beli. Tapi rasa dia memang superb wa cakap lu.

Kami kemudiannya ke kubur arwah hubbyku di Ramuan China. Ramuan China ni betul-betul bersebelah dengan Negeri Sembilan. Macam Besut dengan Kelantan juga. Kat situ kami sembahyang & makan. Selesai semua, kami bergerak pulang and sampai di KL jam 5 petang.

Hubby bagitau sangat-sangat biasa (tak best) rupanya A Famosa Resort ni. Ingat gah la sangat. Dia kata tak hingin datang lagi. Bagi aku pula, A Famosa Resort memang perlukan banyak improvement. Facilities, ideas, workmanships & etc. Nak maintain memang payah tapi kena melabur la kan. Eceh aku cakap macam Manager plak. Huhuhu. Ini feedback aku sebagai customer dorang. Kan? Sekian!

No comments:

Post a Comment