Tuesday 27 December 2011

Satu Rasa Dua Hati

Aku nak share satu buku yang best, seronok, tak boring & mudah difahami.
Buku ni was suggested by my ex-colleague, Syahida


Ada 20 chapter semuanya and setiap chapter akan dimulakan dengan penerangan
pastu, kalau nak masih jelas, penulis bagi situasi sebenar, contoh cerita, sabda Rasulullah s.a.w & maksud hadis-hadis.

Ada beberapa dialog yang dipetik telah menarik minat aku

"Untuk mendapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami yang soleh!"

"....dan kita kena yakin bahawa hinanya kaum wanita mahupun lelaki adalah kerana melanggar syariat."

"Sebab dah banyak amalan dalam budaya kita yang tidak tepat mengikut ukuran syariat. Yang wajib, dipandang remeh. Yang harus, macam wajib. Yang haram, dianggap penting. Yang sunat, dilupakan. Kita kena ubah semua itu, walaupun kekadang dipandang serong pada awalnya."

"Kenapa perempuan suka berleter?"
"Saya nak cerita makhluk yang luar biasa, tapi bila dileteri isteri, dia diam. Dia senyum. Dia ingat segala sedekah isterinya."
"Siapa tu?"
"Sayidina Umar. Waktu dileteri isteri, dia diam. Dia senyum. Dia ingat segala sedekah isterinya."
"Sedekah?Umar itu miskinkah?"

"..............Kita buat apa yang patut kita buat. Isteri kena sayang suami tanpa harap balasan dan sebarang alasan.."

Ada banyak lagi ilmu, pengajaran yang aku dapat dari buku ni.
Sangat best
Buku ni sangat sesuai untuk pasangan yang nak mendirikan rumah tangga atau yang dah berkahwin
Dan patut dibaca oleh kedua isteri dan suami.
Baca banyak kali pun tak jemu.
Thanks Syida for the meaningful sharing.

1 comment: