Tuesday 13 December 2011

Pasar Serikin, Sarawak

Second place tempat wajib pergi kalau melancong ke Sarawak is
Pasar Serikin, Bau, Sarawak
Pasar ini dibuka pada hujung minggu sahaja; Sabtu & Ahad (setahu aku la)

Kalau ikut map, tempat ni sebelah sempadan dengan Kalimantan, Indonesia dah
Jaraknya dari Kuching lebih kurang 54km
sejam perjalanan dari bandar Kuching
tapi hari tu aku pergi jadi sejam setengah juga
OTW ke Serikin ni, ada 1 je stesen minyak Petronas
Kalau nak isi minyak lain, sila isi siap-siap kat Bandar Kuching

Sepanjang perjalanan ni memang tak ada apa
yang ada hutan-hutan je
lepas tu akan jumpa la beberapa rumah panjang yang masih wujud
memang jauh and bila sampai memang tak sangka ada tempat macam ni

Apa yang ada?
Macam-macam ada kat Pasar Serikin ni
Panjangnya lebih kurang 1 km kot (agak-agak aku la ni)
patah balik jadi 2km la

Bila datang sini, kalau yang jenis suka shopping, bazir duit
make sure bawak duit tebal-tebal
RM ye kawan-kawan even sesetengah peniaga tu ada dari Indonesia
tapi urus niaga dalam duit RM la

Kebanyakan barang yang dijual memang dari Indonesia
murah-murah belaka tapi kalau peak season : public holiday, school holiday
a little bit pricey tapi tak beza sangat la
Kawan aku beli tikar RM15, aku pergi dapat RM16
harga masih boleh di tawar ikut kehebatan masing-masing

Barang-barang yang dijual macam macam la
baju, handbeg, kain batik, telekung, tikar mengkuang, tikar, periuk, kerusi, meja
macam kat Rantau Panjang, Kelantan atau Padang Besar, Perlis la juga
meh jamu mata dulu dengan gambar-gambar yang aku sempat snap







Suka?
Datang la Sarawak ye
~End~

No comments:

Post a Comment