Monday 2 July 2012

kek pisang meleleh

Bulan 6 bulan yang sangat busy da bee. letih, letih.
balik je dari bercuti di kampung, aku kena kerja 7 hari seminggu
then sambung lagi kerja 5 hari
berehat sekejap sehari di rumah, then kena pergi pulak Sabak Bernam selama 7 hari
sampai je rumah hari Ahad 1 Julai, hari ini dah kerja balik
memang sangat letih & petanda nak demam dah nak muncul
ni yang tak suka bila badan over exhausted. terus demam.

ok aku bukan nak cerita panjang-panjang pasal aku sibuk kerja, bukan masyuk kat aku pun, gaji tetap sama je. aku nak cerita pasal sehari yang aku sempat berehat di rumah tu.
al kisahnya hubby beli sesikat pisang. since dia dalam proses diet (OMG..hubby diet), 
sebarang karbohidarat adalah dilarang. pisang salah satu yang dia tak dapat makan tapi dia beli sebab tak tahu. aku pun tak larat nak habiskan sesikat pisang sengsorang.
daripada membazir tu, aku pun for the 1st time nak try baking cake. a simple one.
so baking cake pisang adalah permulaan yang baik

copy resepi bukan main cantik lagi,
memang dah cun la kiranya adunan aku tu,
tup-tup masa nak bakar tu tak ada cakap kena tuang berapa banyak adunan dalam bekas. aku yang lurus bendul + tak pernah bakar kek ni pun, terus tuang semua adunan dalam bekas. aku dah agak akan kembang. ingat kembang/ kek naik setakat 1cm je. sekali. hamik ko. kek pisang aku meleleh masa dalam oven.

kek pisang meleleh

cuak la aku. terus sms cik nuwairani tanya apa nak buat
katanya adunan kena tuang 3/4 bekas sahaja
aiseh..manalah aku tau. resepi bagi tu dah ok tapi kenapalah bila part bakar, cakap suhu berapa & bakar berapa lama je. tuang adunan banyak mana tak ada
common sense sebenarnya tapi aku kan lurus+ tak pandai.
macam ni lah hasilnya.

bila dah siap tu, dalam panas-panas aku potong, memang sedap & umph la rasanya cuma kat tengah tu dah berlompong. walaupun rupanya tak ada, tapi rasanya ada.
terus macam give up nak baking-baking tapi kalau tak mencuba tak tahu kan. practice makes perfect kata orang.

So to beginner yang nak baking cake, jangan lupa tuang adunan sehingga 3/4 bekas sahaja. & nasihat cik nani lagi, buat 1/2 adunan dahulu. kalau ok baru buat adunan penuh.

3 comments:

  1. nice try la beb...aku masa mula2 wat kek dulu usahkan nak melimpah ruah, siap kecut lagi ha.... bantat la senang cite. tapi cuba jugak buat lagi sekali baru jadi...kek pisang memang sedap. lebih2 lagi kalau bahagian atasnya garing. perghhH!

    ReplyDelete
  2. weh ini bukan calang try nih..

    ReplyDelete