Thursday 19 July 2012

Wonderful Kinabalu-Ranau Day 2

Lepas breakfast kat hotel, kami bergambar dulu kat area hotel. Melihat pemandagan Gunung Kinabalu & alam semulajadi. Time ni baru kol 7 pagi. Awal gila kami bangun kat Ranau ni sebab kul 6 pagi tuh dah terang benderang.


Info: Jalan nak ke Celyn Resort tu agak mencabar sikit. 3km dari main road & jalannya tak berturap. Nasib kereta kami larat. Dah tu kena mandaki bukit yang cerun 45 darjah.

8a.m: Bergerak ke Tagal Fish Sg Moroli. Kami 1st customer sampai kat situ. Entrance fee RM10/person. Camera RM 3/satu tapi dia tak caj kami sebab katanya air keruh & tak nampak ikan sangat. So dia tak caj. Tapi still boleh bawa camera & bergambar. Kira discount untuk kami.


Make sure dari main road tu korang nampak gambar ikan yang besar seperti dalam gambar tu. Takut terlajak pulak. Kalau dari Ranau tu, Tagal fish ni di sebelah kiri.Please refer map yang aku buat tu.

9.30 am: Sabah Tea Plantation. Sabah Tea Plantation betul-betul sebelah Tagal Fish ni. Entrance free. (time aku pergi. tak tahu ada caj ke tak sebenarnya). Again hanya kami jadi customer kat situ. Bagus la. Boleh bergambar sepuas-puasnya.

Sabah Tea ni tak adalah sebest Cameron bagi aku. Biasa-biasa sahaja.

10 a.m: Poring Hot Spring. On the way to Poring tu, ada roadblock. Cuak juga sebab polis cek semua lesen, ic & roadtax kereta. Make sure kereta sewa tu tak mati roadtax sudah. Entrance fee RM3/each.

At conopy walk. Memang tinggi & gayat.

Jalan nak ke canopy walk.

Kat Poring Hot Spring, kami naik Canopy Walk. One of The World Herritage. Wah, nak pergi ke canopy walk tu, kena panjat bukit setinggi 450m & turun bukit 450m lagi. Memang menggeletar lutut-lutut kami. Kami ni dah la jarang exercise sebab kekangan masa sekali kena panjat bukit pula. Memang pancit & berpeluh sakan.

Tips for canopy walk: Do not wear jeans. Please wear proper shoes. Sesiapa yang ada lelah ke, gayat ke, aku suggest tak perlu la naik. Sebab kalau dah naik, payah pulak nak turun. Fee for canopy walk RM3/each. Camera RM5/each. Ada 5 check point kesemuanya & ada 5 jambatan gantung yang kena dilalui.

1 p.m: Kami had lunch kat KFC Pekan Ranau je.

1.30pm: Kami ke Kundasang War Memorial. Time ni hujan mula turun. Entrance fee RM3/each. Cantik sebenarnya dalam Kundsang War Memorial ni. Ada Australian Garden, English Garden tapi kami tak lama sebab masa sampai hujan baru berhenti tapi tengah syok-syok bergambar tu, hujan mula turun dengan lebat. Hujan kat sini sekejap-sekejap. Pastu cerah, pastu hujan lagi..


1.45pm: Desa Cattle Farm. Entrance fee RM3/each for adult. RM2/each for kid. Kami kena bayar sorang adult, sorang kid. Hihihi. Kesnya sebab counter tu tak ada duit baki. Kami pula hanya ada RM5. Kira rezeki kami juga kali ni.

Jalan nak ke Desa Cattle ni memang tak bley blah punya. Cerun gila. Time tu hujan pula turun dengan lebat. Tambah pula dengan kabus. Memang mencabar. Aku la yang drive sebab hubby penglihatan terhad kalau time hujan. Pastu kena careful dengan batu-batu yang jatuh dari bukit. Kami guna gear 2 je. Dah nak sampai ke Desa Cattle tu, jalan pula tak berturap. Berbatu-batu & becak. Kalau pakai 4wd ni memang best tapi kami hanya dengan Viva. Kesian Viva tu.


Kami sampai tu kul 1.45 pm & hujan pun berhenti. Kami tercari-cari mana lembu-lembu sume. Pastu orang ladang tu cakap lembu tengah otw pulang ke kandang. Then kami nampak la segerombolan lembu tengah berjalan lenggang kangkung nak balik ke kandang. Kami kira beruntung sebab dapat tengok lembu dari jarak dekat. Kami tak dapat balik sebab lembu tu dah menghalang laluan kereta. Kena tunggu semua lembu tu habis masuk kandang. Kami beli susu je kat sini. Aku dah la penggemar tegar susu tapi tak dapat beli banyak sebab tak ada tempat simpan. Beli untuk minum je. Masa nak gerak pulang tu, hujan turun lagi. Macam diberkati je rasa holiday kami. Hihi

2:30pm : Kinabalu Park. Entrance fee RM3/each. Kami tak ada panjat gunung ke apa. Just bergambar with backgraound Gunung Kinabalu kononnya tapi sebab kabus tebal, tak nampak pun gunung tu.


Lepas Kinabalu Park, kami pun bergerak pulang ke town K.K. Otw tu, kami sempat singgah di Pekan Nabalu. Tengok-tengok apa yang menarik. Yang best kat sini sebab kami je customer time tu sebab bukan musim cuti & hari tengah hujan & kami dapat harga yang kami nak. Tapi tak banyak pun yang kami beli sebab tunggu shopping kat town KK je.

5 p.m: Upside down house at Tamparuli. Entrance fee RM10/each. Kat sini boleh tengok rumah & kereta kancil terbalik. Tapi dalam rumah tak boleh ambil gambar.


6 p.m: Check in Cititel Express Hotel. Kami sangatlah terkejut dengan keadaan dalam bilik tu. Bilik kami tu sangat la kecil. Tak pernah lagi duduk bilik sesempit tu. Nak solat pun payah. Arah qiblat dah ada tapi ruang solat tak ada. Hmmm...Is not recommended at all tapi kawasan tu tak sesak sangat & parking pun senang. Betul-betul depan hotel je.

View dalam bilik of Cititel Express Hotel

8pm: Lepas mandi, solat semua, kami ke Pasar Malam Sinsuran untuk makan malam seafood.

Total kami makan Rm 90++ juga termasuk air. Mahal ke murah camtu?

Kat pasar malam ni memang banyak pilihan sampai tak tahu mana nak pilih tapi kami pilih gerai hujung sekali. Kebetulan yang makan semeja dengan kami pun orang semenanjung yang kerja di KK. Dalam hati aku, maybe gerai ni best kot. Sebab orang kerja KK pun datang gerai tu. Boleh? *mode: risau food poisoning je*

Lepas mengisi perut, kami jalan-jalan kat Pasar Filipin, Pasar Malam Le Meridian & Pasar Ikan
Kering. Brooch kat sana memang murah tapi kat Pasar Filipin memang mahal sangat. Hubby dah kena tipu beli butang baju melayu dengan harga RM30 satu padahal kat pasar malam boleh dapat harga RM10 satu. Amplang aku dapat dengan harga RM7 sepaket.

Hasil borongan hari ke 2 di Kota Kinabalu.

Ok..End for day 2..memang puas hati gila dapat berjalan kat Kundasang Ranau. Nanti nak pergi panjat Gunung Kinabalu pula. Insya Allah.

3 comments:

  1. mak oi byk nye sopping.. syiok nye bejalan.. lame x on9. skali tgk kwn2 merayau sakan..

    ReplyDelete
  2. serius, aku pun tak berjalan lagi ke semua tempat tu. war memorial park tu pernah la. lokan panggang tu pun pernah makan. tapi takde air kelapa,kami makan puding kelapa. serius sedap weh!

    ReplyDelete
  3. tumpang tanya..ada map atau gps koordinat utk ke tmpt2 menarik yg awk pergi tu tak..nak pergi jugak tapi tak pandai jln :)

    ReplyDelete