Tuesday 17 July 2012

Wonderful Kinabalu-Ranau Day 1

This holiday sempena birthday hubby la kiranya. Kat KIA tu kami terlebih 1kg luggage & AA charged us with RM25/kg. Hampeh. Terlebih 1kg pun berkira. Tak nak kaw tim langsung. Huh. We arrived Kota Kinabalu International Airport Terminal 2 at 3.30pm.

Kami dah booking kereta siap-siap dari sewabah & orang sewabah dah ready tungu kami kat airport. Kami sewa kereta Viva for 4 days dengan harga RM 90 x 3days = RM 270. By right, dia caj RM 360 tapi kami mintak discount & dapat untuk harga 3 hari sahaja. Thanks sewabah. Nanti I recommend to all my friends. Ceewah. Dari airport kami terus menuju ke Kundasang-Ranau. Check in Celyn Resort, Ranau at 6pm. Kami ambil Valley Wing dengan harga RM 195++/night.

 di Pekan Kundasang. Hujan turun dengan lebatnya.


Sampai resort, turun je kereta, terus snap gambar. Check in pun tak lagi. Excited sangat.

 The room. Big & nice & cold of course.


Malam tu kami dinner from room service menu. Not bad at all & kami hentam je sebab lapar sangat. Kami sempat beli maggi cup & minum instant drinks je. Kami tidur tanpa kipas & aircond sebab sejuk sangat.

2 comments: