Thursday 5 July 2012

Delicious

Sebelum balik ke Kuching dari Sabak Bernam hari tu, aku sempat la dok sehari di rumah MIL
kalau dah balik rumah MIL, memang wajib singgah Midvalley
Midvalley tu macam tempat permainan kecik hubbyku

So masa kat Midvalley tu, aku & hubby decided nak makan kat satu tempat yang agak glamour, Delicious
tempatnya terletak kat betul-betul sebelah Starbuck & laluan utama nak ke The Gardens

sorry blur. gambar hp je

Kedai pun nampak grand la kan. Bila minta menu tu, memang harga dia tak payah cerita
Disebabkan kami 1st timer nak makan sini, dengan blur-blurnya kami order ikut mata, bukan ikut selera *the menu ada list sahaja. tak ada gambar makanan / minuman*

Aku punya menu were Aglio Olio Spaghetti & Melted Choc with Marshmallow while hubby's menu were Boneless Beef & lime juice.


 Aglio Olio Spaghetti for RM 15.90

Melted Choc with Marshmallow for RM 8.90

 Boneless Beef with *Mee for RM 32.90 *dalam menu tak ada cakap mee/spesis mee

Lime Juice for RM 12.90

Apa komen korang? Bagi aku & hubby rasa sangat la tak berbaloi. Aglio Olio Spagetti aku tu hanya spaghetti semata-mata. tak ada lauk pun. memang aku order kosong sebab dalam menu tulis if nak lauk, ada caj lain yang almost double harga spaghetti tu. Aku ingatkan ada la lauk sikit ke apa, ni langsung tak ada lauk. ada spaghetti dengan olive oil je kot tapi Melted Choc with Marshmallow memang best. sangat best.

Menu hubby lak lagi tak boleh blah. Kami ingatkan western sebab dalam menu tak ada gambar kan sekali bila dapat, macam mee dengan sup daging je. Rasa memang sedap tapi frust bila dapat macam tu. Lime juice pula pahit + tak best.

Servis memang lambat & harga tax + service charge were RM 12. Bole?
Total kami makan kat sini RM 81.90. Acceptable tak?
Kami memang tak kisah nak makan tempat 'high class' or 'expensive' sekali sekala tapi kalau takat macam ni, baik xpayah. Serious beb. Not worth it for money.

Aku tengok dalam menu tu, nasi goreng, nasi lemak pun harga RM30++ ok..Tak tau la apa yang special sangat. Aku rasa kat Delicious ni hanya best kek & deserts je kot. Yang main course tak suggested atau aku yang tak pandai order? *keliru*

2 comments:

  1. Hi AJ, saya tengh tolong kawan saya jual kek lapis n biskut for raya.mana tahu aj nak tengok saya boleh emailkan catalog n gambar complete with price mana tahu berkenan...heheh..ini homemade punya..dijamin selamat, suci, halal, sedap n segar...chewah...

    ReplyDelete
  2. wohoooo! sangat takk berbaloi kot..lagii bagus makan menu kat hotel terus.kalo tak pon, pegi piza hut ke, kenny rogers ke, memang kite dah tahu menu n ada gambarnya sekali.

    ReplyDelete