Tuesday 24 July 2012

Wonderful Kinabalu Day 4

About Kota Kinabalu-Ranau at Day 1, please click here
About Kota Kinabalu-Ranau at Day 2, please click here
About Kota Kinabalu at Day 3, please click here
Map of attraction places at Ranau, please click here

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Kota Kinabalu. Bangun hari ni terus rasa sihat. Rasa nak muntah dah tak ada. Nasib tak cirit-birit. Kalau muntah & cirit-birit, sah aku kena food poisoning. Bag semua dah packing-packing, terus letak dalam kereta viva sewa kami. Check out siap-siap sebelum ke next destination sebelum fly. Kami plan nak ke Gaya Sunday Market. Market ni hanya dibuka pada hari Ahad di Jalan Gaya.  Memang kena dengan timing kami. Nak ke sana memang jammed & kami kira beruntung sebab dapat parking tempat baik punya.

Market ni memang panjang & macam-macam ada: pokok tanaman, pets, makanan, keychain, souvenirs, t-shirts & etc. Harga lebih kurang je dengan pasar malam tapi lebih banyak pilihan.



Kat Gaya Street tu, kami singgah brunch kat Resoran Nuryana. Aku ordered bihun soto & hubby ordered Rojak Ayam. Sedap juga. Boleh la nak try kalau sesiapa yang ke Gaya Street.

Cengkerik pun dijual di Gaya Street.

Sebelum menuju ke airport, kami sempat lagi singgah ke Signal Hill Observation Platform. Tengok view Kota Kinabalu. Memang cantik. Cuaca hari ni memang baik. Punyalah hujan asyik turun selama 3 hari kami di Kota Kinabalu & Ranau, sekali time kami nak balik, cuaca cerah gila. Tak ada rezeki sungguh.


Lepas Signal Hill, kami pusing-pusing town KK dengan kereta. Habis je pusing, straight way ke menuju ke airport. Kami hantar kereta di airport sahaja. Senang betul berurusan dengan sewabah ni. Even aku tak jumpa pun orang sewabah ni. Kami hanya tinggalkan kunci kereta di __. Rahsia! Urusan check in AA memang senang & kami memang dah purchased luggage 40kg siap-siap. Tak nak exceed lagi. Tapi airport Terminal 2 Kota Kinabalu ni memang panas. Hubby tanya kedai kat dalam airport tu, dorang kata memang tak ada aircond.  Just lepas imigresen tu, baru ada aircond. Low cost betul. Kami departed at 3.30pm & arrived Kuching at 5pm.

Kota Kinabalu is very wonderful & I surely will come back again.

1 comment:

  1. semua tempat tu aku pernah pergi. heheh...nantii kalo aku plan nk hanimun KK, aku nak sewa kete tu jugok la.

    ReplyDelete