Sunday 27 January 2013

Ho Chi Minh City Day 1 Part 3

Map sebagai rujukan yang amat penting ketika di HCMC

Pada belah malamnya, kami berjalan kaki menikmati suasana bandar HCMC. Memang bandar yang sibuk walaupun dah malam. Kami masuk tengok apa yang menarik di Saigon Square dan Saigon Center.


Selain shopping di Pasar Bent Thanh, Saigon Square pun ada jual bermacam-macam jenis baju, beg, seluar, jacket & etc. Kebanyakannya dari Korea. Kalau Saigon Center pula macam shopping mall. Jual barang-barang berjenama seperti MNG, G2000 & etc. Harga aku tak cek pulak mahal ke murah.

Selepas pusing dalam Saigon Square and Saigon Center, kami menuju ke Taka Plaza. Barang kat Taka Plaza sama seperti Saigon Square juga. Tapi kedai dalam ni tutup awal. So kalau sesiapa nak shopping kat dalam Taka Plaza, kena datang awal. Ada orang cakap, price kat Taka Plaza much cheaper than Pasar Malam. Sederet dengan Taka Plaza ni ada banyak butik-butik muslimah. Butik untuk orang Malaysia senang cerita. Ada juga satu kedai makan halal kat sini.


Tapi kami tak shopping apa-apa pun kat Taka Plaza. Survey-survey harga dulu. Then kami masuk ke Butik Sai Gon Mai yang sederet dengan bangunan Taka Plaza. Memang banyak gila baju kurung, jubah, telekung dan tudung yang cantik-cantik, heavy beads semuanya.

Pekerja dorang pun fasih berbahasa Melayu. Siap ada signboard Bahasa Melayu lagi kat dalam kedai. Tapi kena make sure bila masuk butik ni, kalau nekad tak nak beli, cakap tak nak. Macam aku memula nak survey-survey je dulu. Tapi bila aku cakap tak nak, dia offer benda lain pulak. Pas tu suh kita duduk, bagi air mineral semua.

Then aku ada la try-try tudung dorang kan. Memang cantik-cantik. Tapi bila aku tak nak beli, dia cakap "U already tried". Cam hampeh tak. Ko suh aku try, then paksa aku beli pulak. Tapi aku tak nak la lebih-lebih kat tempat orang. Mujur aku ada berniat nak beli tudung juga. Last-last aku cakap mana kaler lain, corak lain.

Dorang memang akan layan kita sangat baik sampai kita beli juga barang dorang. Aku beli tudung syria kain chiffon. Penuh beads kat atas kepala. Lebih kurang macam kain half moon tu tapi jenis syria.

Lagi banyak kita beli, lagi banyak bagi diskaun. Tapi dengan syarat beli 100 helai ke atas. Gila kot! Aku bukan nak berbusiness sampai nak bukak kedai. Aku amik 10 helai je. Tu pun puas aku tawar. Dah la aku tak reti sangat nak bargain-bargain ni. Murah jugak la aku dapat harga tudung tu.

 Kedai muslimah Sai Gon Mai. Sederet dengan Taka Plaza.

Tips 1: Bila korang beli banyak-banyak, setiap satu kena cek. Kadang-kadang size tak sama. Macam tudung aku beli tak ada size pun. Tapi ada setengah kecik, setengah besar. Setengah muat, setengah tak muat. So kena cek setiap helai.

Tips 2: Cek betul-betul jumlah korang beli. Kadang-kadang dorang tambah sendiri. Macam kita ambil 10 je, dia tambah jadi 12 ke, 13 ke. Tak pun bila kita cakap nak 10, dia kurangkan jadi 8 helai atau 9 helai tapi caj 10 helai kat kita. So kena betul-betul cek.

Macam kes aku, 3 helai tudung aku beli tak muat. Then aku pergi tukar the next day. Sebenarnya aku serik dah nak masuk kedai ni sebab dorang akan tarik tangan sampai tak bagi kita kelaur selagi kita tak beli apa-apa. Tapi sebab dah nekad nak tukar tudung semata-mata, aku berjaya melawan ajakan nafsu dorang. Hahaha. Tapi dorang macam bengang je sebab aku datang tukar tudung. Siap tak nak bagi plastik lagi. Huh! Tak heran la weh. Plastik berlambak kat hotel aku tuh.

Habis shopping kat butik ni, aku dengan hubby berjalan ke pasar malam. Survey-survey. Memang rambang mata. Tapi kita nak beli len kali pulak. Habis pusing pasar malam, balik hotel terus zzzzz. Ok habis sudah hari pertama aku di HCMC. 

1 comment:

  1. Hi there. Many thanks :) Useful article!.

    ReplyDelete