Tuesday 29 January 2013

Ho Chi Minh City Day 2 Part 2

Balik dari Chu Chi Tunnel, mini bus kami tak drop ke setiap hotel. Dia akan drop di sekitar kawasan hotel. So kena alert either kawasan drop tu dekat atau tidak dengan hotel masing-masing. Macam kami senang la. Hotel dekat dengan Pasar Bent Thanh. So, kami turun kat situ je.

Bila turun je, kami pergi mengisi perut yang dah berbunyi-bunyi tu. Kali ni kami lunch di kedai Hjh Basiroh yang berhadapan dengan Hotel Saigon Pink 2. Kedai ni sebenarnya kedai kain baju cum restoran kecilan. Meja pun tak banyak dalam kedai. Ada 4 buah rasanya.

 pho / beef noodle

Kami berdua makan beef noodle, minum milo ais dan teh ais. Total makan ialah VND 150 K (RM 23). Murah berbanding di VN Halal. Tapi beef noodle ni memang terbaik. Tambah cili, kicap, daun pudina. Sedap gilos. Masa aku tulis ni pun terasa kat mulut kesedapannya.

Hadapan kedai Hjh Basiroh

Dah kenyang perut, baru seronok nak berjalan-jalan kan. Apa lagi? Kami menerjah ke Pasar Bent Thanh.


Masuk Pasar Bent Thanh memang confius dah pening. Ada macam-macam benda jual kat dalam ni dan banyak lorong! Tapi tujuan aku ialah mencari kain cotton pasang untuk diri sendiri dan untuk family. Baca kat FORUM CARI tu, dorang suggest kedai Thouy Duoc. Tapi tang nak mencari kedai tu memang pening.

Sepanjang mencari kedai kain tu, ramai la yang dok sebut 'Mai abang, kakak, tengok, beli.' Hehe. Macam kat Kelantan pulak.

Banyak gila kain cotton yang cantik-cantik dan murah. Yang pony tail tu namanya Lin. Belakang aku tu mak cik Vietnam rasanya sebab dia fluent cakap Vietnam or maybe orang Malaysia tapi dah pandai cakap Viet. 

Kat sini aku memang borong sakan. Lagi banyak beli, lagi banyak dapat diskaun. Aku tak de mintak diskaun banyak pun sebab harga yang dia letak memang dah harga standard. Aku rasa sebab ramai sangat orang Malaysia shopping kat tempat dia. So tak perlu dia letak harga lebih-lebih.

Kat kedai ni korang kena tanya dia harga dalam 3 jenis matawang. USD, VND dan RM. Sebab bila aku tanya harga dalam RM, lagi mahal compare dengan USD. So aku memborong dengan harga USD. Sebab rambang mata, aku shopping sampai terbabas budget. Tapi tak pe sebab aku memang plan nak berbusiness kecil-kecilan kat office aku tu nanti.

Dia ada offer nak tolong hantar kain ke hotel tapi macam advice aku sebelum ni, aku prefer nak angkut sendiri ke hotel. Plan nak pusing-pusing dalam Pasar Bent Thanh terpaksa dibatalkan atas sebab beban yang berat kami kena angkut. So we decided nak pulang je ke hotel.

On the way ke hotel, kami lalu jalan yang lain. Sambil balik sambil cuci mata. Kali ni kami lalu jalan main road, which is jalan belakang kedai Hjh Basiroh sebab ada banyak kedai-kedai menarik kat situ. Tup-tup hubby terstop kat satu kedai kamera and beg.


Terus dia shopping beg camera. Katanya nak cari yang lebih mudah untuk travel. Dia ada jual both original and imitation. Hubby ambil beg camera imitation for USD 33. Tak tahu murah ke mahal. Murah kot kan? Dia bagi warranty setahun. Wak lu. Ingat kami nak patah balik ke HCMC semata-mata warranty ke. Haha

Dah sampai hotel, kami baring, berehat, solat, kira-kira budget dulu. Pada belah malam pula, kami ready nak ke Water Puppet Show. Kami just naik taxi dari hotel ke Water Puppet dengan harga VND 20 K (RM 3). Tips: Kalau nak best tengok Water Puppet, ambil sit depan. Paling depan atau 2,3 baris depan. Sebabnya kitaorang ni ambil sit baris tengah konon-kononnya macam tengok wayang, sekali terhalang dengan banyak-banyak kepala kat depan.


Walaupun dorang berbahasa dalam local language, tapi kita dapat tengok macam mana puppet ni dimainkan atas air. Memang menarik. Aku tertanya-tanya juga macam mana dorang main water puppet ni kan. Rupa-rupanya dorang berdiri dalam kolam tu.

Pemain-pemain puppet

Habis je show, kami berjalan kaki ke Pasar Malam. Tak letih pun jalan kaki dari water puppet ke pasar malam. Kat pasar malam aku shopping jubah di Kedai Aziz.

Depan Kedai Aziz

Kedai Aziz ni pun jual dalam 3 jenis matawang tapi disebabkan USD dan VND aku dah susut, harga pun lebih kurang, aku beli dalam RM je. Dia ada dua kedai. Sebelah jual banyak baju-baju kurung siap. Dorang juga cakap fluent malay. Senang berbusiness.

Habis shopping, kami lepak kat Restoran Abang Adik (sederet dengan Hjh Basiroh juga) minum kopi vietnam. Memang kaw punya. Kat lorong ni pun meriah juga dengan butik-butik muslimah untuk shopping-shopping. Habis minum, balik hotel, zzzzz. Besok sambung entry ke Mekong Delta Tour.

2 comments:

  1. Cmne nak kira2 murah guna USD/RM/VND?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah juga nak jawab..tapi rasanya kalau guna USD atau VND lah

      Delete