Thursday 31 January 2013

Ho Chi Minh City Day 4

Today is the last day aku kat Ho Chi Minh City. Malam semalam aku dah berjaya menambah luggage AA melalui online. Sebenarnya kami laki bini dah ada 40kg luggage tapi disebabkan keobsesan aku shopping, aku risau luggage terlebih. Bayar luggage extra lagi mahal dari tambah kan. So aku tambah lagi 20kg. Baru senang hati nak sambung shopping sampai licin.

Pagi ni kami tak rushing sangat. Turun breakfast pun lewat sikit sebab kemas mana yang patut. As usual, we had our breakfast kat hotel sahaja. We took menu yang sama sahaja. Roti bakar and telur rebus. Pekerja yang fluent Malay tu macam biasa mesra dengan kami tapi tengah kami syok breakfast, dia boleh datang hulur souvenirs untuk kami beli dengan dia. Katanya murah.

We yang jenis mudah kena tipu lembut hati pun beli la 10 biji beg purse-berkain silk dengan harga RM 3/sebiji. Dapat percuma sarung hp satu. Hmm. Katanya kalo beli kat Bent Thanh lagi mahal. Ye ke? Bila we tanya kat dalam Pasar Bent Thanh, harganya lebih kurang je. Tu belum diskaun. Pasrah lagi!

Lepas breakfast, we took taxi ke War Remnants Museum. Taxi caj VND 30 K. Ini tempat wajib pergi kalo datang ke Ho Chi Minh City.

Entrance fee ialah VND 15 K/person dan museum ni ada 3 level kesemuanya.







Di War Remnants Museum, kita boleh tahu about historical truths, tengok collection of war documentary photos, imprisonment conditions during the war, aggressive war crimes & etc. Betapa jahatnya US menjajah Vietnam ni. Even army dorang pun banyak membantah mengenai war ni. Dah la US bukan sahaja menyerang dengan senjata, dorang juga guna Orange chemical. Kesian ok.

Insaf aku baca kejadian perang ni. Bersyukur aku dilahirkan di tempat aman, tak ada peperangan. Peace no war!

Lama juga kami spent masa di museum ni. Dah habis round semua level, kami gambar-gambar dulu kat sekitar museum.






Next we proceeded to Reunification Palace. Kami jalan kaki je dari museum ke Palace. Kena cepat sebab Reunification Palace buka dari 7.30 pagi - 11 pagi. Tengah hari ditutup. Buka balik dari jam 1tgh - 4ptg. Entrance fee ialah VND 30 K (RM 4.50) seorang.

Reunification Palace - front view

Reunification Palace or Independence Palace adalah tempat kerja of South Vietnam President semasa Vietnam War. Masa war tu, Vietnam was divided into two regions: North Vietnam was the Democratic Republic of Vietnam and South Vietnam was the Republic of Vietnam. Details boleh baca di Wikipedia of Reunification Palace

Dalam Reunification Palace ni punyalah besar. Kita boleh hire tourist guide untuk explain semua benda dalam Reunification Palace tapi weols tak hire la. Jalan pandai sendiri je.


Tapi aku ada beli buku history ni. Dalam buku ni pun ada disediakan map. So tak adalah ralat sangat bila melawat ke satu-satu tempat tu.


Kebetulan masa aku melawat Palace ni, ada satu rombongan budak sekolah buat lawatan juga. Punyalah ramai.


 Cabinet meeting room





The credentials presenting room

Habis pusing seluruh Palace, we decided balik ke hotel dulu. Jalan kaki juga dari Palace ke hotel. Sampai hotel, packing-packing barang & check out. Kami tinggal luggage kat hotel dulu sementara kami sambung shopping for the last time. Kat hotel ni ada disediakan penimbang juga. Just in case luggage extra kan, boleh adjust-adjust dulu.


Then we had our lunch kat Hjh Basiroh sekali lagi. Hubby took nasi campur, aku makan Pho for the last time . Minum of courselah kopi vietnam.

Dah kenyang, kami terjah sekali lagi Pasar Bent Thanh. Kali ni hubby betul-betul nak cari beg. Kami cari kedai beg no 627. Kata orang, acik amoi ni jual murah.

Kedai Beg, No 627.

Address: 627 East Gate, Bent Thanh Market

Ramai juga Malaysian shopping kedai ni. Aku sempat rembat satu beg galas The North Face yang size kecik, dengan kipling punya purse. Comel je. Hubby pula rembat sling bag. Sementara tunggu hubby pilih-pilih, aku ada berkenan dengan baju Vietnam Silk kat kedai sebelah, tapi dia letak harga 10 USD. Aku tawar dia tak kasik USD 5.

Last masa nak blah, aunty amoi beg ni tolong aku. Dia kata USD 7 boleh la. Aku pun beli la. Pastu aku rasa macam aku tak cukup beli kain cotton pasang kat kedai Thuy Duoc. Sambung lagi kat kedai tu.

semangat aunty panjat amik kain cotton baju melayu hubby

Gambar random dalam Bent Thanh. Boleh tempah in one day je ok. Rugi aku tak tempah.

Habis pusing dalam Bent Thanh, jam pun dah kol 3 petang. Kami decided nak balik ke hotel dan terus ke airport. Sambil balik ke hotel, sambung lalu kedai-kedai luar Bent Thanh.


Aku nak beli helmet kiut ni sebenarnya tapi bila tanya harga macam harga helmet kat Malaysia je, lagipun macam tak secure pulak nak pakai kat tempat sendiri + tak tahu bila nak pakai, aku tak jadi beli. Nengok-nengok je.

Last stop aku shopping sepasang baju kurung siap, kain chiffon, penuh beads kat Saleemi Butik. Lupa nak snap gambar. Kedai ni sederet dengan Boss Hotel. Dia memang jual baju kurung chiffon siap je. Cantik-cantik. Sesuai untuk sesiapa nak cari baju untuk bertunang atau nikah yang simple-simple. Dia jual dari RM 90 and above. Depends on material and beads. Still cheap for me. Kalo kat Msia, confrm RM 300 and above.


Habis shopping, we took taxi. Taxi memang mudah dapat. Sedia je depan hotel. Sebab kami sampai masih awal, lepak-lepak je sekitar airport tengok ragam manusia since our flight jam 9 malam.

Masa nak check luggage kat AA counter tu kan, mamat AA tu boleh bagitau kami total luggage just 40kg. Nak kencing la tu. Padahal kami dah purchased extra 20kg. Total 60kg la kan. Nasib hubby dah confirmed awal-awal total luggage kami kat Supervisor dorang. Pastu dia cakap 'Ok, Ok'.

So korang hati-hati. Confirmed ticket siap-siap. Flight malam tu penuh dengan orang kita je. Berapa kerat je orang luar. Kami selamat landed kat LCCT jam 11++ p.m. Aku dengan hubby berjaya melepasi kastam Malaysia tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. Ramai juga yang sangkut sebab tak declare. Tak tahu apa cerita.

Where were we? Tunggu next flight pada pagi besok pulak. So bermalam la aku dengan hubby kat LCCT tu dengan penuh keletihan. Wait for next entry my budget for this trip.

No comments:

Post a Comment