Saturday 26 January 2013

Ho Chi Minh City Day 1 Part 2

Welcome to motorcycles city!

map HCMC. Map sumbangan dari Asian Ruby 4 Hotel

Bintang kuning : Lokasi hotel kami. Asian Ruby 4 Hotel. VN Halal juga terletak di bangunan yang sama.
Garisan hijau : Lokasi Hotel Saigon Pink 2. Sepanjang jalan ni juga banyak hotel dan 3 restoran halal sekaligus termasuklah kedai Hjh Basiroh.

Based on map above, boleh la korang rancang nak kemana dahulu mengikut kesesuaian tempat dan masa masing-masing.

First destination mestilah mengalas perut yang dah kebulur. Dah tengah hari pun. Kami decided untuk makan di VN Halal. Restoran ni terletak sama building dengan hotel kami. Lokasi : Sebelah Baskin Robin.

menu : nasi paprik & nasi goreng kampung

Masa kami masuk memang sunyi je. Ada satu family dari Malaysia juga tengah makan. Makanan halal memang mahal tapi nak buat macam mana kan. Ni bukan muslim country pun. Sedap juga dorang masak. Total kami makan ialah VND 267 K (RM 45). Tengah-tengah makan kami borak dengan family tu. Mesra dorang. Baru first time juga datang ke HCMC. Dorang siap bagi tips macam-macam lagi untuk kami. Very helpful and friendly of course. Bukan nak cakap, kebanyakan blog aku baca, sesetengah orang kita sombong kat sini.

Dah habis makan, kami decided nak amik taxi menuju ke Hard Rock Cafe. Tempat paling jauh dari hotel. Shopping baju & souvenirs di sana terlebih dahulu. Taxi memang berlambak kat jalan-jalan. So tak perlu risau. Even though kali ni kami naik taxi Vinasun, dia tak nak pakai meter. Bila kami tunjuk map HRC, dia cakap 60K. Sebab hubby malas nak banyak runding-runding, kami minta diskaun VND 50K (RM 8) je. Baik tak kami? Haha.

Bila sampai kat HRC tu, just VND 30K je kat meter taxi tu. Huh! Memang kena tipu.

Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City

Lepas selesai shooping kt HRC, kami berjalan kaki menuju ke Central Post Office & Notre Dame Catheral. Memang dekat je dengan HRC.

 Statue at post office

 Central Post Office

 Lihat hasil seni ukiran bangunan ni. Cantik kan?

 Pondok telefon

 Inside the post office.

Pot Office ni masih berfungsi dan sibuk. Bukan sibuk di kaunter-kaunter, tapi sibuk ramai pelancong bergambar. Hehe. Dalam post office ni juga ada jual pelbagai souvenirs tapi kami tak beli pun. Jenguk pun tak sebab malas kekdahnya.

Opposite post office ialah Notre Dame Catheral. Orang cakap sama macam kat Paris? Erk.. Same ke? Sebab aku tak pernah jejak Paris lagi jadi tak leh nak compare. Gambar sikit-sikit je. Malas nak beria amik gambar church.

 Notre Dame Catheral



Dari Notre Dame Catheral, kami tengok map untuk ke Ho Chi Minh Museum. Attention: Ho Chi Minh Museum and Ho Chi Minh City Museum merupakan dua museum yang berbeza. Apa yang bezanya? Wa pun tak tahu lo. Yang wa tahu beza lokasi sahaja. Dari map yang aku ada, aku akan ke HCM Museum.

Tengah busy tengok map, sekali tengok banyak merpati jinak. Terus nak amik gambar dengan pigeons. Berangan macam di Italy konon-kononnya.


Untuk sampai ke HCM Museum memang mencabar. Walaupun map ada kat tangan tapi kami masih tak tahu lokasi kami sebenar kat mana. Mujurlah hp hubby tengah on GPS since dari hotel. So dapat tahu lokasi kami & sampai ke HCM Museum dengan jayanya.

Entrance ke HCM Museum ialah VND 30 K (RM 4.50) untuk 2 orang. Jom tengok apa ada kat HCM Museum.





 Pengantin tengah buat outdoor photo shoot

Overall museum ni memang tak best. Tak tahulah kalau kami ni jenis tak menghayati ke apa. Tapi museum ni sunyi sangat. Tak menarik perhatian langsung. Kami pusing sekejap je dalam museum ni. Terus ke next destination. Next place was People's Committee Building.

Walaupun dari dalam map, People's Committee Building hanyalah sebelah dengan HCM Museum, tapi kami tetap sesat. Oh sangat challenging mencari tempat menggunakan map ni. Kaki memang dah terasa lenguh. Mujurlah hari pula tak begitu panas. Mendung-mendung suam je. Haha. Ada ke bahasa ni? Kebetulan hp hubby yang sengat helpful dah out of battery, terpaksalah kami menggunakan kaedah map manual.

Sesat weh. Sesat. Tau-tau kami kat simpang Saigon Centre dah. Setiap jalan nampak macam main road even though dalam map ada nampak jalan besar, jalan kecil. Berkat kesabaran, kami akhirnya jumpa People's Committee Building.

People's Committee Building

  People's Committee Building

People's Committee Building

Hari yang mendung dah bertukar macam nak hujan. Kami meluaskan langkah untuk ke Water Puppet Show pulak. Mengikut map, lokasi Water Puppet Show terletak sebelah Reunifaction Palace. Kami tak stop by di Reunification Palace sebab fikir Palace dah nak tutup sebab lewat petang. Kami akan ke Palace pada hari last nanti sahaja.

Perjalanan yang sesat, letih, pening, confius diteruskan juga. Berdasarkan map manual, alhamdulillah kami berjaya sampai di Water Puppet Show.


Sampai-sampai je kami terus ke ticket counter  tapi malangnya show pada hari ini telah sold out. Kecewa yang amat. Tapi sebab Water Puppet Show adalah satu aktiviti wajib yang mesti dibuat ketika di HCMC, kami terus beli tiket untuk show esoknya jam 745 malam. Water Puppet Show hanya berlangsung 3x sehari selama 45 minit. Time show ialah 5.15 petang, 6.30 petang dan 7.45 malam. Harga tiket ialah VND 150 K (RM 22.50) untuk seorang.

Cun-cun lepas beli tiket, hujan turun selebat-lebatnya. Terstucklah kami di Water Puppet ni sementara tunggu hujan reda. Tengah-tengah tunggu hujan tu, ada sorang mamat motorsikal pun stop kat tempat sama dengan kami untuk berteduh.

Aku rajin mulut tanya dia kerja apa. Dia cakap dia teacher. Nak bercakap banyak pun susah sebab his english was very bad. Aku takde excellent mana pun tapi english dia poor sangat. Dia reti juga cakap melayu.Sikit-sikit. Pun boleh! Kemudian aku fikir, kerja teacher pun hanya bawa motor je. Kerja apalah yang boleh bawa kereta kat HCMC ni kan? Kerja bawa taxi jelah agaknya. Hihi

Memang tak ada harapan untuk kami balik ke hotel dengan jalan kaki. Hujan pun tak ada gaya nak berhenti. Nasib kami baik bila ada taxi yang sanggup masuk ke perkarangan water puppet ni untuk amik kitaorang. Yang paling penting dia pakai meter. Caj taxi dari Water Puppet Show ke hotel kami hanyalah VND 20 K (RM 3).

Sampai hotel, kami berehat, buat calculation sikit & makan meggi je untuk makan malam. Kalau setiap masa nak makan restoran rugi pulak duit nak shopping kan. Lepas makan, where we went? To be continued on Part 3.

No comments:

Post a Comment