Monday 28 January 2013

Ho Chi Minh City Day 2 Part 1

Aktiviti pagi ini ialah melawat ke Lacquerware Factory dan Chu Chi Tunnel. Sebelum tu we had our breakfast kat hotel sahaja. We're very lucky sebab one of the hotel staff boleh cakap malay fluently. Dia siap pesan lagi yang mana boleh makan, yang mana tak boleh makan. Kami memang dah tahu. So kami makan roti bakar dengan telur rebus pagi tu. Alhamdulillah, kenyang perut.

Menurut blog Zilla, dia ambil pakej ke Cao Dai Temple & Chu Chi Tunnel. So aku tak pasti macam mana dia boleh dapat pakej yang lain. Sebab kebanyakan blog-blog lain akan pergi ke tempat yang sama iaitu Lacquerware Factory & Chu Chi Tunnel. Maybe lain tour agency, lain tempat lawatannya.

 cafe hotel

lobby hotel

Dah makan, kami tunggu orang Tuan Travel datang pickup di lobby hotel sambil baca paper (baca paper tu tipu je).


Kami naik mini bus untuk ke Chu Chi Tunnel. Very comfortable. Kat atas tu gambar our tourist guide. He's 60++ years old. Dia cakap Vietnamese tak suka dia sebab dia sorang je rambut panjang. Tapi memang betul pun. Orang-orang Vietnam ni semuanya rambut pendek. 

Dia siap kutuk tourist guide yang muda-muda sebab dorang tak tahu cerita sebetulnya pasal Vietnam War. Setakat refer buku je. Macam dia ni memang dia sendiri yang melalui pengalaman Vietnam War tu. Very informative.

First stop kami ialah di pusat kraftangan ataupun Lacquerware Factory. Kat sini dapat tengok orang-orang OKU buat kerja kraf. Memang cantik-cantik.


Dorang buat kraftangan dari pelbagai bahan. Ada dari kulit telur, dari pasir, dari kulit kerang pun ada. Memang jenuh aku rasa nak buat satu-satu tu. Perlukan kesabaran yang tinggi.

 buat dari pasir



Bila dah tengok proses pembuatan semua, kami akan ke show room / sales gallery. Kat sini boleh pilih-pilih dan beli. Jangan pilih je ok. Kalo korang rasa nak beli yang besar gabak tu, boleh suh dorang shipping ke Malaysia.

 Hasil pembuatan mereka

Tapi harganya berkadar terus dengan kerumitan penghasilan produk-produk ni. Memang RM100 and above. Oh, not within my budget. So kami mampu jeling-jeling je. ;p



Selepas sejam stop kat kilang ni, kami meneruskan perjalanan ke Chu Chi Tunnel.

Melalui ladang getah.

Menurut tourist guide kami, getah diimport dari Malaysia. Sebelum ni, getah tak wujud di Vietnam. Bangga plak rasanya.

Untuk masuk ke Chu Chi Tunnel, kami dikenakan bayaran sebanyak VND 90 K (RM 14) seorang. Bayaran ni memang tak termasuk dalam pakej tour.

Kat Chu Chi Tunnel ni, dia akan cerita macam mana deritanya orang Vietnam masa peperangan dulu. Memang kesian bila dengar tu. Tourist guide kami cakap, Vietnam War lagi teruk dari World War II. Dia yang mengalaminya, mesti dia rasa perit yang amat.

Ini tunnel yang asal. Sempit.


Siapa yang nak try masuk dan merasai boleh la masuk. Tapi gelap gelita. Kena suluh dengan torch light. Mat-mat saleh banyak la masuk. Aku tak hingin. Sebab dalam tu banyak lipas, kelawar, lipan & etc. Mesti busuk dan kotor.

Next, pergi tengok perangkap. Disebabkan dorang tak ada senapang masa peperangan tu, so dorang banyak buat perangkap. Antaranya macam kat bawah ni. Scary-scary.


Antara perangkap lain yang dihasilkan 

Cara macam mana orang Vietnam buat senjata


Kemudian kami ke Sooting Range pula tapi kami tak menembak pun sebab dah pernah try menembak masa kat Phuket dulu, so we just wait pada sesiapa yang nak try menembak.


Pastu pergi tengok penghasilan rice paper. Apa itu rice paper? Korang pernah makan gula-gula udang? Kan dalam gula-gula udang tu, ada kertas yang melekat kat gula-gula yang boleh makan terus tu. Itulah rice paper. Hehe

 Proses penghasilan rice paper 

Lepas tu, kami cuba masuk dalam rebuilt tunnel. Untuk tourist merasai sendiri macam mana kecilnya tunnel tu. Tapi yang rebuilt ni pun dah dibesarkan dari yang asal. Bila aku dengan hubby masuk, memang sempit. Membongkok je. Sakit tulang belakang. Tunnel ni tak perlu torch light & yang penting tak ada binatang-binatang buas. Hehe

Ada 4 check out untuk tunnel ni. Sesiapa boleh check out di mana-mana yang dorang suka. Macam aku dengan hubby check out dekat point no 2 je. Tak larat nak pergi jauh-jauh sebab dah lenguh kaki & sakit belakang.

Tempat last check out. No 4. Tengah tunggu ahli group kami.

Last, tengok tayangan video mengenai peperangan Vietnam ni & pulang. Kami bergerak balik ke HCM jam 2 petang. Perut memang lapar tapi weols dah sediakan coklat untuk buat alas perut. To be continued on Part 2.

1 comment: